-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 18 Februari 2014

ARTIS ITU DAN SUAMI KU...........ADUHAI!

PEMBACA

"Apa! Nak beli motor besar? " Hampir senget telinga Nur bila En. Somi berkata nak beli motor besar. Mau tak senget, hujan tidak ,ribut pun tidak triba triba nak beli motor besar...lagipun sepanjang Nur bersamanya.....TAK PERNAH Nur tengok dia bawa motor apatah lagi memiliki motor sendiri!

MESTI ada apa apa niii...........Ehem! Sebagai isteri kita kena PEKA akan nawaitu sang suami....bukan leh percaya sangat an an an......okkk....kita uji dia .
"Ala....kan i selalu ulang alik JB, lagipun motor besar ni senang nak bergerak, jimat minyak pun iyeee...." Alasan diberi, Nur sengaja kebil kebilkan mata untuk tahu SAMADA ALASAN INI BENAR ATAU cuma satu ALASANNNNNNN.......huh!

"Tapi awak kan tak pernah ada motor sampai anak nak beli motor pun awak tak kasi...bahaye katenye...nape triba triba berubah pulak...."Nur cuba menjerat dirinya.

" Eh! Kan semua tu boleh belajar, lagipun DULU LAIN sekarang lainnn.....err..." Disini nada suaranya dah berubah dari D Minor ke A minor yang membuktikan En Somi ni sembunyikan "SESUATU"......

"Tak kukuh alasan abang tuu....kalau di Mahkamah boleh dipertikai keterangannya...." Nur terpaksa gunakan kemahiran sebagai peguam untuk selidik lebih lanjut. 

"Iskkk....Ok ape kalau abang beli motor besar......mana Nur nak, nak abang KAWWWIN lain or beli motor....errr....."WAH! Ni dah satu ugutan niii......Terasa nak bukak KEKUDA PLAK! 

"Oklah, beri Nur masa untuk fikirkan....." Kata Nur untuk matikan ALASAN En Somi,nanti lagi dilayan lagi BANYAK CERITANYA.......En Somi nampak macam gelisah, Nur biarkan saja sambil berlalu ke ruang tamu. 

"Adehh! Tak baca paper lagi hari niii.....Adikkk, Paper mana?? Ibu tak baca lagi....." Jerit Nur pada anak bongsu yang sedang MELAKUKAN COBAAN DEMI COBAAN  memanjat dinding dengan baju Spidermannyee.....Adehh!

"Laa...kan ibu selalu dengar Sinar FM, pesal nak baca Sinar Harian lagiii.,tak same kee?... ...." Tanya si bongsu sambil mengesat peluh...adeh! Spiderman pun berpeluh...ahakss! Malas Nur nak layan LOYANG BURUK si anak......

Nur berlalu ke dapur semula untuk mencari Akhbar harian Sinar Harian.....tadi memang nampak En Somi baca disitu. Kelibat En Somi dah tak ada didapur...agaknya dia ke belakang rumah MEMIKIRKAN CARA NAK PUJUK Nur untuk tunaikan hajatnya beli motor...hehehehe

Buka saja Harian Metro dan Sinar harian  Nur DAH FAHAM........NUR TENGOK TAJUK NYA PUN NUR TAHU NIAT TERSEMBUNYI  EN SOMI NAK BELI MOTOR BESAR....

Berita Utama

Erra Fazira bercerai talak satu

  • Erra FaziraKelihatan Erra Fazira (kiri) ditemani teman rapatnya, Umie Aida (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini . - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
 1 / 1 
SHAH ALAM - [VIDEO] Spekulasi mengenai rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira terjawab apabila suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidil, 39, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Cerai dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin selepas kedua-dua belah pihak bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Engku Emran sebak manakala Erra Fazira yang memakai jubah kelabu kelihatan tenang saat cerai dilafazkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Mohammad Adib berkata, permohonan hak penjagaan anak diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta  lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira diluluskan apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.

"Mahkamah  turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah,"katanya.

Ketika prosiding, Erra Fazira dan Engku Emran mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.

Pelakon filem Sembilu itu atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 40, diwakili oleh Ahmad Nazib Johari memfailkan permohonan penceraian dan hak penjagaan anak itu pada 17 Februari 2013 masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang- Undang Keluarga Selangor 2003.

Engku Emran diwakili oleh Peguam Syarie, Roslan Sujak Rafee enggan memberi komen kepada media sebaik sahaja selesai prosiding.

Sementara, pengacara Primadona yang ditemani oleh rakan baiknya, Erma Fatima dan Umie Aida, meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.

"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi,"katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai perancangan selepas ini, dia memberitahu ingin fokus terhadap kerjayanya.

"Ia (kerjaya) menjadi fokus utama saya kini," katanya.
SUMBER- SINI 
APATAH LAGI TENGOK GAMBAR DIBAWAH  INIII........





HUHHHHHHHHHHHHH!!! Ada niat kononnnnnnnnnnnnn!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.