-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 13 Januari 2014

TERASA SESUATU.... BOLEHKAH ANDA PERASAN??

PEMBACA

Selepas solat Asar, Mak Aji merasa ada denyutan di ubun ubunnya  semasa dia sedang duduk sambil melayan perasan resah yang melanda jiwanya.....Hatinya berdebar dan gelisah......Sudah 3 hari telapak kakinya terlunjur dan susah hendak ditegakkan.......
Perlahan Mak Aji capai gagang telefon.........

"Esok cuti Maulidur Rasul ko tak balik Jib".......


" Cuti sehari je makk....lagipun pejabat ada buat majlis esokkk....Ajib terlibat". Jawapan dari anak yang kecewakan hati seorang ibu ......iyelahh! Lama juga Mak Aji tak bertemu anaknya...tak peluk cium cucu cucu dan menantunya......

Mak Aji telefon lagi anak nya yang sedang belajar di Universiti......

" Esok tak balik mak...Ina ada majlis sambutan Maulidur Rasul...Mak sihat tak??....." Juga satu jawapan yang mengecewakan Mak Aji yang triba triba rasa AMAT RINDU PADA ANAK ANAKNYA.......

" Keje makk........mane de cutiii...lagipun esok gaji double..." Itu jawapan anak ke tiga...dan hampir ke lima-lima anaknya memberikan jawapan yang sama...TAK BALIK!!

Mak Aji memandang keluarr tingkap.....Segera dia teringat sesuatu ....sesuatu yang ingin  dimakannya.........Mak Aji telefon Haji Yusof suaminya......

"Bang....nanti cari kangkung......lama betul tak makan kangkung masak belacan..." Haji Yusof yang sedang pening kerana STOK KENTANG tidak sampai sampai dikedai runcitnya,mula terasa terbeban......

" Iskkk...awak niii.......Saya sibuk sibuk ngan kentang ni tak de ni...awak nak kangkung plakk...dah petang sangat ni....mana nak cariii........" Rungut Haji Yusof.

Mak AJi terasa hatiii dengan jawapan diberi suaminya....dah la terasa hati ngan anak anak...ini suami pula......Katanya dalam hati yang  tetap berdebar dan gelisah.....

"Eh! Sempat lagi ni..."Dicapainya tudung dan  Mak Aji melangkah keluar rumah....menuju rumah Hajah Zainab...Cuma di belakang rumah Hajah Zainab yang ada kangkung ...maklumlah dibelakang rumah Hajah Zainab kawasan paya...

"Ambiklah Ros...eh! Esok ada sambutan Maulidur Rasul kat Masjid....ko jangan lupe lakk". 

"Entah sempat ke tidak aku ni Nab..." Spontan Mak Aji menjawab dan terus kebelakang rumah untuk mengutip kangkung.....

Telefon bertalu talu berdering milik kesemua anak anak Mak Aji malam ituuu termasuk Haji Yusof dan Hajah Zainab......semuanya mempunyai JAWAPAN yang sama.......jawapan yang MERESAHKAN MAK AJI SELAMA INI tetapi TIADA SIAPA SEDAR........

MAK AJI SUDAH TERLEPAS SOLAT ASAR PETANG NIII........Mak Aji TELAH KEMBALI PADA YANG ESA PETANG SEMALAM KERANA DIPATUK ULAR semasa mencari kangkung.......

Benar seperti ayat terakhir Mak Aji petang semalam...DIA TAK SEMPAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL..............

Dan KITA YANG MASIH BERNYAWA INI SEMPAT KAN......?? 

JADI LUANGKAN SEMINIT DUA UNTUK BERSELAWAT ........


Dan INGATLAH............tanda tanda sebelum KEMATIAN ITU HAMPIRI KITA......

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan. 
TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya. 
SALAM MAULIDUR RASUL DARI KAMI DI KANTOI IDENTITI........

1 Mesej diterima:

Salam Maulidur Rasul..sedihnyer citer nih!

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.