-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 8 Januari 2014

NAJIB MARAH BETUL DENGAN JAIS..........

PEMBACA


KATA ORANG......KALAU KITA TAKUT KERANA BUAT SALAH...adakalanya tindakan diambil itu JADI BODOH! LEBIH TERUK  Jadi malang..........INI BUKTINYA.......

Tepat 11.30 malam.....Najib bawa teman wanitanya balik kerumah. Malam itu rakan serumahnya balik kampung....jadi ini peluang yang Najib ada untuk BERAMAH MESRA dengan teman wanitanya .


Namun....perasaan cuak,cemas dan takut tetap ada,tapiiii demi Nafsu, Najib abaikan semua itu....Ahh! Dah banyak kali Najib buat begini...tak kan kali ni kantoi....lagipun awek yang baru dikenalinya ini boleh tahan seksi dan menggodanya......adehhh!!

Setelah dipastikan semua selamat....Najib dan teman wanitanya naiki tangga untuk masuk kedalam rumah kondo yang disewanya. Sengaja Najib gunakan tangga kerana kalau guna LIF nanti jiran jirannya nampak...

Fuhhhh! Lega perasaan Najib apabila mereka berdua selamat sampai tanpa dapat dikesan oleh jiran jiran . Maka bermulalah babak Najib dan teman wanitanya ........mereka sudah hampir tidak berpakaian......baru saja Najib nak mulakan BABAK PANAS...Pintu diketuk!

" Siapa?? " Dalam keadaan TAKUT ...Najib bertanya......

"JAIS "........Najib lebih gelabah bila terdengar yang mengetuk pintu itu ialah JAIS...teman wanitanya pula cepat cepat sembunyi dalam almari baju ....Najib jadi tak tentu arah SETIAP KALI PINTU DIKETUK LAGI KALI KE DUA...KALI KE TIGA....kali ni Najib Nekad......Najib berlari ikut pintu belakang....

Najib susuri lorong belakang kondonya dalam gelap gelita....dia perlu selamatkan diri...dengan berpaut pada tiang tiang disitu Najib teruskan langkah.......malangnya......NAJIB TERCICIR JATUHHHHHH.....

Nasibnya baik...dia jatuh tak tinggi dan masih bernyawa...cuma NAJIB LUKA PARAH ...tangan dan kakinya patah........tapi LUKA PALING PARAH IALAH APABILA NAJIB ditanya oleh rakan serumahnya......

" MALAM TU PESAL KO TAK BUKAK PINTUUU.......PUAS AKU KETUK! TENGOK TENGOK KO DAH JATUH BANGUNAN...Aku dah la tak dapat balik kampung sebab eksiden...ni KO LAK EKSIDEN terjatuh....pening aaaaaaaaaaaa...." Kata rakan serumahnya yang bernama Ahmad JAIS.......

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.