-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 6 Januari 2014

HARIAN METRO YANG KANTOIII........HAHAHA!!

PEMBACA

Camne agaknya perasaan anda kalau berita yang anda baca itu SATU PENIPUAN ?? Mesti nak marah kan.....? Begitu jugalah dengan perasaan penulis apabila terbaca BERITA dibawah yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini.....

Ok.......Untuk membuktikan apa yang kantoi......Anda baca dulu berita yang penulis ambil dari sumber asal HARIAN METRO link INI 


Jasad bayi masih sempurna

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.
Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.
Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
Foto
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Anda nampak tak apa yang KANTOI dalam berita diatas?? Tak nampak? Anda lihat bukti bergambar diberi dan rujuk pada pendedahan ini.......Amacam?? 

MUNGKIN berita kejadian diatas benar...tapi bukti gambar diberi SANGAT MERAGUKAN! 

KEMAS KINI......

Kabarnya gambar diatas benar dari jurufoto Harian Metro sendiri......dilampirkan juga bukti bukti gambar dibawah.......tapi penulis tetap pelik...CAMNE JENAZAH TU TERAPUNG EHHH!  .....apapun KUASA ALLAH KITA TIDAK BOLEH PERTIKAI......dan kita ambil saja mana yang elok dan mana yang tidak elok.......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.