-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 8 November 2013

LUAHAN NORFARHAN MOHAMAD ISU PERPINDAHANNYA KE JDT......

PEMBACA

Disana juga disini orang masih berkata tentang bola sepak negara kita terutama dalam isu perpindahan pemain pemain yang bagus demi memantapkan lagi sesebuah pasukan atau negeri. 

Para peminat pastilah melahirkan kerisauan dan kegelisahan apabila terdapat ura ura pemain dalam satu satu pasukan itu dipancing untuk masuk ke pasukan lain. Tidak cukup dengan meluahkan keresahan, ada yang sanggup meluahkan kemarahan dan kebencian kepada pemain pemain yang berpindah pasukan.
Oklah.....kita ambil yang negatif dahulu....perpindahan pemain bola ini sebenarnya MEROSAKKAN PASUKAN yang telah dibentuk . Macam kita ketahui,main bola sepak ni bukan PERMAINAN PERSEORANGAN ,ianya permainan berpasukan. 

Bila disebut berpasukan,kerjasama dan kefahaman sesama pemain itu penting bagi melahirkan satu pasukan yang mantap dan berjaya. Kita ambil contoh, dalam sebuah kampung kita kenal dan baik dengan Hussin....kita mesra dengan Hussin...tapi triba triba Hussin terpaksa berpindah...yang datang gantikan Hussin ialah Karim.....Pastilah KESERASIAN KITA untuk mengambil dan mengenali Karim perlukan masa dan begitu jugalah dalam bola sepak. 

Itu dari sudut negatif.......kita lihat dari sudut positif pula....

Main bola ni adalah kemahiran dan tak semua orang mempunyai kemahiran untuk menjadi pemain bola yang baik dan bagus. Bila seseorang itu mempunyai skill dan teknik main bola yang terbaik, ianya sudah menjadi KERJAYA untuk dirinya. 

Bila menjadi kerjaya,pastilah seseorang pemain itu perlu memikirkan masa depan hidupnya.....encik peminat! main bola ni BUKAN BOLEH TEMPOH YANG LAMA...paling tinggi pun anda MAMPU BERTAHAN 3 TAHUN...selepas itu anda tidak lagi dianggap "bernilai" kerana faktor usia dan kemampuan. 

Tidak timbul soal KENEGERIAN dalam hal ini...tidak juga timbul isu khianat dalam hal sebegini jika kita selaku peminat bersikap profesional kerana TIADA SATU KELAB @ Persatuan Bola Sepak dalam negara kita berkemampuan terutama dari segi kewangan . Ada persatuan yang kewangannya tinggi ,ada persatuan yang kewangannya CUMA DIAWANG AWANGAN.....

Jadi biarlah pemain bola memilih laluan hidup mereka  kerana MEREKA SANGAT BERHARGA sekarang....jangan sampai mereka HILANG HARGA kerana MEREKA SEBENARNYA "BEKERJA"..........


Inilah pendapat penulis jika ditanya isu PERPINDAHAN PEMAIN bola sepak negara kita...dan lagi satu......pada pandangan penulis, biarlah BEKAS BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK DIBERI RUANG UNTUK KENDALIKAN PASUKAN NEGERI MASING MASING,seperti mana kejayaan yang dibawa oleh Otai Dollah Salleh dan  Otai Zainal Abidin........kerana CUMA PEMAIN BOLA YANG TAHU TENTANG BOLA......BUKAN pemain catur,pemain congkak dan er..er..er...pemain politik.....ehh!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.