-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 7 September 2013

KANTOI! ANDA SEBENARNYA TIDAK JUJUR........buktinya

PEMBACA

MEMBANGKANG BUKAN BERERTI MENYOKONG.....MENYOKONG PULA BUKAN BERERTI MEMBANGKANG.....!

Apabila kita berbicara tentang minyak...ketepikan dulu fahaman politik kerana baik penyokong kerajaan mahupun pembangkang, anda pasti TERASA kesannya. Ubah pemikiran dan cuba menjadi rakyat yang BIJAK......tak semua dibuat kerajaan itu betul dan tak semua yang dibuat oleh pembangkang itu salah.

Ada masanya kita perlu menjadi CERDIK kerana semuanya KITALAH YANG TANGGUNG...pembangkang dan kerajaan cuma memainkan peranan mereka kerana kita memilih mereka untuk memimpin dan "menjamin masa depan kita dan generasi kita.

Sebagai rakyat ,kita perlu jujur dengan diri sendiri...APAKAH ANDA MAHU HIDUP SUSAH?? Adakah anda mahu DITIPU?? Untuk apa kita memilih pemimpin ?? Jawapan jujur UNTUK KESENANGAN DAN KESEJAHTERAAN KITA.......bukan penderitaan kita!

Oklah...berbalik pada isu minyak.....penulis berikan fakta yang luahan dari kedua dua belah pihak...anda baca dan BERLAKU JUJURLAH dengan diri sendiri

- Minyak naik kecoh!! Kenapa masa rokok naik tak kecoh??

Apa kaitan minyak dengan rokok?? Jujurlah dengan diri sendiri dengan fakta ini bahawa TIDAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEROKOK terutama ibu,isteri atau kakak anda, sedangkan kesan harga minyak akan dirasai oleh semua rakyat yang bernyawa hatta anak anda yang baru lahirpun AKAN TERASA...Rokok pula ialah KEMAHUAN bukan barang KEPERLUAN! Bila disebut kemahuan...terserah pada kita samada hendak berenti atau tidak untuk jimatkan kos...tetapi?? bolehkah anda TAK MAKAN semata mata nak jimat! 

- Minyak naik cuma 20sen...Apa sangat kecoh! Bukan naik RM10 ringgit!

 Benar minyak naik cuma 20sen...tetapi anda lihat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku sekarang yang anda boleh rujuk di kawasan perniagaan anda dan anda campurkan jumlah semua kenaikan itu dan secara jujur jumlahnya melebihi 20sen...

- Saya tidak terjejas kerana menggunakan pengangkutan awam.

Siapa kata pengguna pengangkutan awam tidak terjejas?? Anda naik pengangkutan awam tu berbayar...kalau dulu anda pergi kerja atau belajar cuma RM2...kini mungkin terpaksa bayar RM2.50...kan dah terbukti  anda perlu tambah 50sen setiap hari.

- Harga barang dijamin tidak naik...kerana kerajaan akan pantau.

Dalam isu ni kita kena bersikap jujur...tidakkah dikata ZALIM apabila kos seorang pengilang,pembekal dan peniaga naik...tetapi mereka tidak dibenarkan naikkan harga barangan mereka?? Bak kata seorang rakan yang mempunyai kedai runcit..." Kalau kerajaan naikkan harga minyak sesuka hati...kenapa kami sebagai peniaga tidak??

Kedua...setakat mana pemantauan harga mampu dan dapat dilaksanakan?? Tak perlu pandang kebelakang ...lihat saja harga ayam selepas raya ini?? Itu baru ayam...belum lagi  harga telur ayam ...emak ayam...ehh!!

- RAKYAT dijanjikan pemberian BRIM.....

Jawab dengan jujur...semua rakyat merasa BRIM ke tuan puan? Rujuk pada pemberian BRIM yang lalu...MEMANG ADA BUKTI ORANG YANG BERKEMAMPUAN juga dapat BRIM sedangkan yang susah bertambah susah. 

- Harga minyak dinaikkan kerana untuk mengurangkan SUBSIDI

Tahukah anda definasi atau maksud subsidi?? Subsidi ialah inisiatif untuk membantu yang kurang mampu...kalau ianya sudah dikurangkan ianya sudah menjadi subjudis di pihak pemerintah!


- HARGA MINYAK KITA LEBIH MURAH DIBANDING DENGAN NEGARA ASIA LAIN

Faktanya....Anda pasti ke perbandingan harga yang anda buat itu untuk minyak RON95?? Setahu penulis lah...cuma minyak negara kita saja ada 2 SPESIS minyak...Lagipun negara kita adalah negara pengeluar minyak...jujurkah anda menggunakan fakta ini?

- Kerajaan perlu berjimat untuk mengawal perbelanjaan demi kesejahteraan dan pembangunan rakyat.

Fakta ini mudah saja untuk anda faham......Katakan anda seorang ayah, anda BELI KERETA BMW untuk KESELESAAN ANDA SEKELUARGA. Sejak anda guna BMW, anda jarang bawa anda makan diluar untuk jimatkan kos...anda kurangkan belanja sekolah anak anda juga untuk jimatkan kos...ADAKAH ANDA JUJUR lakukan perkara ini??


- Kurangkan penggunaan berasaskan minyak.

Nak jalan kaki? Nak naik basikal? Sedangkan pemimpin mewakili pemerintahpun MELENTING bila gaji mereka dicadangkan dipotong untuk jimat...inikan kita pula terpaksa berkorban dan mungkin terkorban.....

- Kerja lebihlah kalau nak hidup senang

Mampukah anda kerja lebih sedangkan kerajaan SEBENARNYA MAMPU mengurangkan beban anda? Dalam hidup kita cuma ada 24 jam dan tidak akan bertambah sampai bila bila...sekuat mana anda mampu bekerja?? 

Ok..katakan begini...seawal 6 pagi, anda keluar bekerja...selewat 6 petang anda sudah sampai rumah...seawal 8 malam anda keluar lagi untuk bekerja malam.....bila anda punya masa melayan anak?? bila punya masa melayan ISTERI ehh!! 
Fikir dan jujur! 







  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.