-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 1 September 2013

KADANGKALA KITA TERLEKA...........

PEMBACA

Saya memang sibuk, kadang kala nak bermesra dengan keluarga pun tidak berupaya...lebih lebih lagi saya mempunyai dua keluarga berlainan yang perlu diberi kasih sayang secara seimbang dan adil. 
Namun....saya juga sering terlena dan terleka dengan kesibukan hingga ada yang boleh TERLUKA. 

"Lama kan kita tak tengok wayang". 

" Alaa...nantilah! Baba banyak kerja hujung minggu ni...lagipun kan dah akhir bulan niii..."

" Adik ade duit raya banyakkk...apa kata adik belanja.."

" Kakak pun...kita tapau sorang sorang...nak tak ibu". 

" Kan baba cakap dia sibuk...nantilah". Isteri ku cuba meredakan keadaan.

"Iyeee! Baba janji..awal bulan ni kita tengok wayang". Aku membuat JANJI.

" Ala..cite ni ade bulan ni jee...ramai kawan adik dah tengok! "

"Yelahh! Kalau tengok kat Atro First boring ...ala boleh la baba..lagipun dah sebulan lebih kita tak makan kat luar macam dulu...kan ibu kan..Ok tak pe! Makan kakak belanja". Pujuk anak perempuan ku yang sememangnya mesti dirujuk ibunya +Nur Camelia Huda  jika apa apa...huh!

"Tak boleh la...lagipun kan minggu ni BUKAN giliran Baba kat sini..." Pujuk lagi isteriku menyebabkan masing masing MENCEBIK..Aku cuma mampu diam sambil melirik pada anak sulung ku yang kurang berbicara tetapi lebih menurut perintah.

Pagi itu ...aku memulakan perjalanan balik ke sini hingga terlupa seketika pada perbualan malam tadi bersama anak anak. Aku cuma memikirkan TUGAS DAN KERJA YANG MENANTI DISINI....

Berhenti seketika untuk mengisi minyak...

Aku terkejut tak kala melihat APA JUMLAH DUIT  DALAM WALLET !! EHHH!! Rasanya aku belum keluarkan duit dari bank ...kenapa ada banyak duitt dalam wallet niii...?? 

Aku hampir terduduk dibuatnya! Aku tahu duit ini adalah duit anak anak kuu...memang mereka masukkan curi curi dalam wallet ini supaya kami dapat keluar makan dan menonton wayang macam dulu....

Aku pusing semula pulang kerumah sambil singgah dibank untuk keluarkan duit...

Tak apelah!! Ada masanya BERSAMA KELUARGA LEBIH BERMAKNA DARI KERJA .......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.