Jika anda sayangkan maruah agama sila luangkan sedikit masa membaca kisah yang pada penulis amat menjijik dan memalukan lebih lebih lagi ianya berlaku didalam negara kita yang AGAMA RASMINYA IALAH ISLAM.
Bukan penulis nak berpolitik...bukan juga untuk menuding mana mana pihak...tetapi sudah menjadi kebiasaan dalam negara kita...sesuatu ISU PANAS ITU CUMA AKAN DIAMBIL TINDAKAN APABILA rakyat merungut dan marah!
Saksikan apa yang diluahkan oleh pemilik Facebook bernama Mira Kamil ini?? Adakah cuma MIRA seorang yang alami situasi sebegini atau banyak lagi??
Kita berharap kes kes diskriminasi seperti ini akan diambil tindakan sewajarnya ...ini soal maruah ISLAM.......dimana letaknya maruah kita sebagai seorang ISlam sedangkan kita dinafikan hak dalam negara sendiri.
INI JUGA SATU BENTUK PENGHINAAN PADA WANITA ISLAM KITA......Tak kan nak diamkan diri saja.........
Kongsi dan sebarkan sebagaimana usaha Harian Metro yang cuba menyedarkan kita dari LAMUNAN.....Fikirkan masa depan anak gadis kita...kakak atau adik kita....sekurang kurangnya anda salah seorang dari yang membantu menyelesaikan kes ini......
ADEGAN PENYAMARAN OLEH WARTAWAN HARIAN METRO
‘Bertudung Tak Boleh Kerja Sini’
WARTAWAN Harian Metro melakukan penyamaran di salah satu pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.
Kuala Lumpur: Amat mengecewakan apabila wanita Melayu yang memakai tudung menjadi mangsa diskriminasi untuk diterima bekerja oleh segelintir majikan swasta di negara ini yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi.
Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.
Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook pada 1.59 petang Isnin lalu yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.
“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.
Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan.
KEMBALI KE TRANUNG KLIK DIBAWAH
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan