-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 6 Ogos 2013

GEMPAK LAGI PANAS EDISI RAYA KAMI .... NAK TAHU??

PEMBACA

MAHUKAH ANDA MELIHAT PEMIMPIN POLITIK TERMASUK PERDANA MENTERI KITA BERLAKON SEMPENA RAYA INI? Mampukah DS Najib dan isteri berlakon? Bolehkah Najib dan Anwar BERSAMA dalam lakonan ini? Siapakah lagi pemimpin termasuk menteri yang terlibat dalam lakonan ini?? 

SAKSIKAN LAKONAN KHAS YANG MEMEGANG WATAK RAKYAT BIASA  SEMPENA SAMBUTAN RAYA KITA KALI NI BERPANDUKAN PADA ISU ISU SEMASA....

Pelakon UTAMA.......Perdana Menteri...DS Najib Bin Razak dan isteri Datin Rosmah Mansor. 

Pelakon .....DS Anwar Ibrahim dan isteri, menteri kabinet dari BN dan pembangkang.... 

Ikuti jalan ceritanya ini......


ROOLLLLLLLLLLL ACTION!!



Selepas solat Subuh, seorang pekerja yang bernama Najib B Razak  bersama isteri dan anaknya mula meninggalkan perkarangan perumahan pegawai pegawai kerajaan  di Jabatan Perdana Menteri.Proton Perdana berwarna biru itu meluncur dalam jajaran sederhana untuk menuju ke Pekan Pahang.

Kenderaan mereka berhenti di pintu masuk  perkarangan perumahan kerajaan itu untuk Najib bertemu dengan pengawal keselamatan disitu bagi memaklumlah kepulangan mereka sekeluarga  selama 7hari. 

" Iskkkk!! Tak balik Bagan datok Zahid". Tanya Najib pada Zahid Hamidi yang baru  bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan  disitu.


" Apa nak baliknye Yeop! Tembak sana sini...idak berayee le teman kali ni..." Zahid Hamidi berkata sambil garu kepala yang pening dengan situasi dalam negara sekarang.

Najib cuma tersenyum dan meneruskan perjalannya...tetap sampai di satu simpang, isterinya triba triba bersuara.

" Alamak bang!! Cincin Mah tertinggal laaa...".

" Alahh...setakat cincin tu apa sangat Mah...tak kan tak ada cincin tak boleh raya...".Najib malas nak pusing semula...lagipun mereka dah lambat . Rosmah diam seakan merajuk...maklumlah cincin itu penting bagi dirinya...dari kecil dia menabung untuk mendapatkan cincin itu...tup tup tak dapat dipakai untuk melawa dihari raya...Siapa tak merajuk kan...

Dalam diam diam..Rosmah sms anak sulungnya yang cuma duduk kerusi peumpang belakang...dalam sms itu Rosmah berpesan..." Along!! Kalau mama cakap nanti...along iye kan ajee...". SMS Rosmah dibalas oleh si anak tanda setuju.

"ALAHAIIIIIII BANGGG!! BEG PAKAIAN RAYA TERTINGGALLAH...MAH BARU PERASAN...Along ambik tak beg yang mama suruh tadi..." Kata Rosmah bertanya anaknya sambil menjeling pada Najib yang tekun memandu. 

" Lupala mama..."Kata anak itu menyebabkan Najib tersentak..Ahh!! Tak semena mena kena pusing juga..macam mana nak raya kalau beg baju raya tertinggal. Nak dimarah pada Rosmah...Najib kurang berupaya ....pusing jugalah kereta itu untuk mengambil barang yang tertinggal. 

Rosmah tersenyum...lakonan mantap bersama anaknya nya telah berjaya. 

"Ehh! Kata beg tertinggal...mana begnya?. Tanya Najib pada Rosmah yang sedang mengunci pintu rumah...

" Lalalalala.....kalau Mah tak cakap macam tu...abang tak akan pusing ..." Selambee Rosmah bercakap sambil menunjukkan cincin yang tersergam indah dijarinya.

Najib tak berupaya berkata apa...tension dibuatnya!!

Setelah memulakan perjalanan,kenderaan mereka terpaksa berenti lagi kerana jalan kelihatan sesak dan mereka terpaksa bergerak dalam aksi perlahan..... kereta mereka triba triba dihampiri oleh seseorang yang amat dikenalinya sedang mengagih agihkan kuih raya  sesuatu pada pemandu disitu.

" La..tak balik kamu Hishamuddin Tun Hussein?". Tanya Najib apabila melihat sepupunya itu masih bertugas .

" Esok kot Jib...aku kena pastikan jalan raya bergerak lancar sempena raya ni...banyak sangat kemalangan maut...tersedak aku nak makan kuih raya....". Hishamuddin Tun Hussein berkata sambil menyerahkan juga panduan keselamatan jalan raya pada Najib.

"Hati hati dan pandu cermat jiwa selamat Jib dan Kak Ros...selamat hari raya.." Kata sepupunya itu sambil melambai .

"Man sakit perutla mama..nak uk uk.." Anak sulung mereka Norashman pula memberikan masalah baru.Najib segera mencari perhentian untuk menunaikan hajat anaknya itu.

Sementara menanti anaknya Istinjak, Najib berjalan jalan dikawasan itu...langkahnya terhenti tak kala melihat kelibat seseorang yang sedang memerhatikan enjin keretanya sambil garu garu kepala.

" Nuag! Pasai paa? Tak balik raya ka.." Sapa Najib pada Anwar Ibrahim yang ada masalah dengan kereta prutun nya itu.

" Hang ka!! Nak balik Permatang Pauh la ni...kereta ni pulak buat hal...Tak tau pasai apa...hang ? 

" La...hang dah telefon mekanik? Aku Onway ke Pekan la nii...". 

" Dah...Nasib baik Lim Kit Siang ada SIANG SIANG NI..." Kata Anwar sambil ketawa .

" Pasal tak telefon Karpal? Dia pakar sikit bab enjin..." Soal Najib pula.

" Karpal Singh dapat projek baiki enjin KAPAL kat Klang...mana dia ada masa dahh..."

Sedang mereka berbual bual , Rosmah pula datang dengan anaknya yang sudah siap beristinjak tadi...

" Kan hari tu Mah dah pesan pada awak Zizah...tukar je Pruton tu pada Honda...selesa sikit nak kesana kemari,tidaklah terjejas nak buat ceramah kesana sini..." Rosmah berkata ada Wan Azizah selepas mereka bersalam.

" Iskkk! Tak boleh Mah...nanti dikata kita PENGKIANAT NEGARA pula.." Kata Wan Azizah sambil menjeling pada Najib.

Najib dan keluarganya meneruskan lagi perjalanan mereka yang sudah makin terlambat....Masuk waktu Zohor , Najib berenti lagi untuk solat disatu Masjib yang sederhana besarnya.

Kelihatan, ramai pula Jemaah yang menunaikan solat Zohor di Masjid itu...selesai solat, Najib tertanya tanya kenapa ramai sangat orang kat Masjid ni...akhirnya Najib mendapat jawapan apabila terlihat satu susuk tubuh kecil yang menjadi imam mereka semasa solat Zohor tadi..

Ahh! Tok Guru Nik Aziz rupanya... patutlah orang ramai..Najib tak lepaskan peluang untuk berjumpa Nik Aziz kerana sejak kawannya itu bersara, mereka jarang dapat bersua.



"  Mari mana ni Tok Guru..." Tanya Najib dengan senyum.

" Putrajaya...Husam buat majlis berbuka puasa semale...ambo kena gilah! ...

Perbualan mereka terhenti kerana mula diasak orang ramai...Najib pun meneruskan perjalanannya lagi.....Menjelang petang, baru mereka memasuki daerah Pekan...

" Bang...masa solat abang tadi, Juma isteri Nazim telefon...suruh belikan daging..." Kata Rosmah pada suaminya yang leka memerhati suasana didalam daerah Pekan yang sudah pesat membangun .

" Iskk! Ada lagi ke orang jual daging petang camni..." 

"Cuba abang singgah kat kedai Adnan tu...abang dan dia kan kawan baik.". Kata Rosmah mengingatkan Najib tentang kawan baiknya Adnan si pembekal daging paling berjaya dalam negeri Pahang.

"Nan...ada lagi tak daging...' Tanya Najib setelah singgah di kedai Adnan Yaakob.

" Isk! Dah petang camni baru nak beli ko ni...Sekejab aku tengok" 

"Errr...ni daging Shahrizat ke Nan?. Jerit Najib bertanya tak kala melihat label NFC pada pembungkusan daging.

" Taklahh!! Aku guna pembungkusnya jee...aku import dari India laa..."

" ALAMAKKKKKKK!! Telinga jee yang ade Jib..." Kata Adnan sambil menunjukkan telinga lembu .

"TELINGA?? HAHAHAHAHA....." Kata Najib sambil gelak.

"KO PERLI AKUUU?? Nak ke tak niii...aku tak jual karang". Ugut Adnan marah......

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA .........AMPUN DAN MAAF! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.