-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 31 Julai 2013

YA ALLAH..SELAMATKANLAH SUAMI KUU...

PEMBACA

Apabila sampai ke satu tahap, setiap manusia pasti ingin berubah, dari tak baik cuba menjadi baik...jarang sekali kita dengar orang berubah dari baik kepada jahat.......tapiiii.........ada kalanya perubahan itu mendatangkan MASALAH PADA KITA........

Dimana perubahan diri kita itu tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama rakan malah lebih teruk lagi ,ianya tidak diterima keluarga sendiri...jadi timbullah isu PERLI.....

Contohnya.

Anda bangun sendiri  seawal pagi dan bersiap nak pergi kerja sedangkan sebelum ni anda tak akan bangun kalau isteri tak kejutkan !!... 

"Aik! Pagi bangun bangg..."....Isteri perlii anda.

Sampai ditempat kerja, anda tanpa membuang masa terus jalankan tugas...buat kerja dengan tekun tidak seperti sebelum ni anda akan tidur sesampai ditempat kerja. 

" Rajin tul kawan aku hari ni..." Rakan anda Perliii anda.

Jika sebelum ni ,tengahari anda akan ke warung untuk lepak dengan kawan hingga masuk waktu kerja semula....tapi hari ni anda lepak di SURAU......

"Errr...aku risau plak...kot esok rakan aku ni meninggal..." Rakan anda perliii lagiiiiiiiiii.

Petang, selepas balik kerja, anda terus pulang ke rumah untuk bersama anak dan isteri tidak seperti sebelum ni anda pasti pergi memancing....

"KOLAM PANCING TUTUP PE AYAHHH!! " Anak anda perli .......

Malam....anda segera ke surau berdekatan tidak seperti sebelum ni anda cuma lalu saja depan surau untuk ke kedai minum...

" Sembahyang Magrib ni TIGA RAKAAT..JANGAN SILAP PULOKK". Tok Imam perli anda...

Pulang dari surau, anda tidak ke kedai minum untuk layan bola sampai 4 hingga 5 pagi...anda duduk saja dirumah....

" YA ALLAH!! SELAMATKANLAH SUAMIKUU........." Isteri anda perli sambil berdoa pada Allah tanpa anda sedariii.......

Hahahahahaha........


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.