-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 20 Julai 2013

GAMBAR 4 PESERTA RATU CANTIK MELAYU YANG terkini

PEMBACA
Pertandingan ratu cantik dunia 2013 gempar lagi setelah ada peserta terpilih dari Melayu dan semestinya islam. Ekoran dari ini ,Mufti Wp telah mengeluarkan kenyataan yang sumbernya dipetik dari Malaysiakini dan Bernama yang anda boleh baca dibawah. 

12:32PM Jul 20 2013
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
  
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
  
"Justeru itu pihak penguatkuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
  
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
  
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.

Inilah diantara para peserta yang dimaksudkan itu.........emmm.......pe cerita seterusnya??? Ada tindakan ke tiada TINDAKAN.......??








0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.