-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 6 Julai 2013

CILAKA PUNYA ORANG........!

PEMBACA


Punca kemalangan yang ada kalanya hingga   menyebabkan  kematian tidak selalunya disebabkan dari pemandu itu sendiri,tetapi ianya  boleh berpunca dari sikap pemandu lain.


Banyak kejadian yang penulis dengar ,baca dan lihat ...dimana orang lain yang menyebabkan kemalangan seperti yang melibatkan seorang rakan penulis dibawah.

Menurut beliau, dia memandu dalam keadaan biasa sahaja sambil mengekori lori didepannya ...triba tiba datang sebuah kereta Satria lalu memotong kenderaannya DAN HENDAK MEMOTONG LORI ITU SEKALI..Namun disebabkan ada kenderaan yang datang dari arah depan, kereta Satria ini terpaksa masuk semula ke laluan asal,

Dengan brek secara mengejut, kereta ini cuba masuk semula menyebabkan rakan penulis ini terpaksa membrek sama untuk memberikan ruang pada kereta satria didepannya. Malangnya pemandu dibelakang kereta rakannya ini tidak sempat berbuat apa apa lalu berlakulah hentakan kuat dari belakang...

Rakan penulis dan kereta yang melanggarnya berenti ketepi sambil melihat kereta Satria yang menjadi PUNCANYA bergerak pergi ...

Syukurlah walau hati panas kerana rakan penulis dan pemandu kereta yang melanggarnya tadi tiada mengalami kecederaan..cuma terpaksa berbincang untuk menyelesaikan masalah kemek dan remuk ...

Sedang mereka berdua berbincang sambil maki hamun pemandu Satria tu...triba triba datang sebiji motor yang TERUS MELANGGAR MEREKA BERDUA YANG SUDAHPUN BERADA DITEPI JALAN menyebabkan mereka bertiga TERPELANTING ...

Rakan penulis tertiarap didalam longkang, pemandu kenderaan yang melanggarnya tadi tersungkur dibahu jalan dan penunggang motor terjunam kebawah bukit...

Kesannya, rakan penulis patah kaki...pemandu kereta cedera di badan dan muka manakala penunggang motor itu patah tangan..dan pemandu Satria yang menjadi punca utama dalam kes ini selamat.

Sedih kan...itulah dikatakan, suatu kejadian itu sukar nak dijangka dan tidak selalunya berpunca dari kita.

Nak saksikan kejadian yang  berlaku di Poland apabila kereta yang dipandu pelumba hilang kawalan lalu merempuh penonton...


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.