-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 18 Julai 2013

ADEHHH.........RUPANYA KITA SAMA......

PEMBACA
Karim masih termenung dibawah pokok ditepi rumahnya. Kata kata isteri nya masih terkial kial dicuping telinganya...Nak marah, ada betul juga kata isterinya itu...


Karim terpaksa mencari kerja juga kerana memikirkan anak anaknya...memikirkan tak lama lagi mereka sekeluarga nak sambut raya. Sudah hampir sebulan Karim diberhentikan kerja kerana mematahkan tiang letrik menggunakan lori sayur yang dipandunya.

Cari punya cari akhirnya karim diterima bekerja disebuah Zoo..walaupun kerjanya tidak seperti kerja orang lain...tetapi Karim terpaksa terima demi anak dan isterinya. Tugas Karim di Zoo ialah menyamar sebagai Orang Hutan kerana Orang Hutan sebenar di Zoo itu telah mati akibat ditimpa tiang letrik yang dilanggar oleh Karim sebulan yang lalu...nasib baiklah pihak pengurusan Zoo tak tahu siapa yang langgar tiang letrik itu..

Mula mula Karim agak kekok dengan tugasnya yang terpaksa berlakon sebagai orang hutan ..dicubanya pelbagai aksi bagi mengikut gaya dan selera sebenar seekor orang hutan...lama kelamaan Karim berjaya membentuk dirinya menjadi pelakon sebenar Orang hutan. 

Karim juga berjaya menarik ramai pengunjung ke Zoo tersebut kerana Orang Hutan disitu dilihat lebih bijak dan mesra pengguna..Namun begitu...tiada siapapun tahu bahawa yang menjadi Orang Hutan dizoo itu ialah karim termasuk anak dan isterinya...

Suatu hari...sedang leka bergayut kesana kemari bagi meramaikan penonton ...Karim tergelincir ke kandang singa disebelah...apa lagiiii....kecut perutlah Karim waktu itu bila melihatkan seekor singa disitu sedang memerhatikannya dengan tekun dan setia. Karim tahu..waktu ini Singa belum diberi makan...Karim rasa amat kecut perut...

Peluhnya mengalir didalam pakaian berbulu yang dipakainya itu...Singa itu terus menghampiri Karim yang sudah menggigil...orang ramai yang memerhati kan gelagat itu kecoh dan berteriak sesama sendiri..ngeri dan takut Singa itu akan makan orang hutan yang disayangi semua...

Makin hampir Singa itu pada Karim...makin terbayang wajah dan anak isterinya...baru pagi tadi dia berjanji dengan anaknya nak belikan pakaian raya untuk mereka...nampaknya...impiannya tidak kesampaian....

Singa itu makin dekat..Karim cuba mencari sesuatu untuk menyelamatkan dirinya..namun tiada apapun yang boleh digunakan untuk menghalang Singa itu...Ya Allah!! Karim berdoa...

" Bangg...eerrr...jangan takut bang...kita sama jeee ,saya pun baru sebulan jadi singa ni..."

Triba triba Singa itu bercakap.......Ahakssssssssssss...

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.