-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 29 Jun 2013

GEMPAR! MENONTON BOLA BERSAMA ARWAH

PEMBACA
Kisah  ngeri lagi sedih ini terjadi diawal 80an...dimana kemudahan telefon belum begitu meriah digunakan. Dan tidak semua penduduk kampung memiliki tv...jadi kalau ada satu satu rancangan yang menarik,penduduk kampung akan berpusu ke kedai Pak Mat untuk menonton seisi kampung. 

Hendak dijadikan cerita, malam ini akan diadakan satu perlawanan akhir  bola sepak diantara pasukan Malaysia menentang Singapura....jadi semestilah setiap rakyat akan turut merasai bahang nya...masing masing tidak sabar untuk memberikan sokongan pada pasukan negara.

Begitu juga dengan keluarga Mazidul ...Mazidul sekeluarga cukup dikenali dikampung itu sebagai pemain bola yang disenangi ,bakatnya diturunkan kepada kedua dua anak lelakinya kecuali isterinya...eh!! Setiap kali ada perlawanan bola sepak, Mazidullah harapan penduduk kampung untuk menjulang juara.

Pagi itu...Mazidul telah menempah meja khas untuk dia sekeluarga menonton perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Singapura ...beriya iya dia beritahu berita gembira itu pada isteri dan kedua anaknya..."Malam ni tak payah masak Liza...kita tengok makan diluar sambil tengok bola kat kedai Pak Mat". Pesannya pada isteri dan pastilah  anak anaknya menyambut berita itu dengan perasaan gembira...

Macam biasa...Mazidul pun keluar bekerja seperti biasa. Menjelang Magrib...kelibat Mazidul masih belum kelihatan...sang isteri sangat risau lebih lebih lagi si anak yang sudah tidak sabar untuk ke kedai Pak Mat. Masing masing sudah memakai jersi Malaysia...

Tunggu punya tunggu..Mazidul tidak juga balik...akhirnya si isteri ambil keputusan untuk segera ke kedai Pak Mat...mungkin suaminya sudah menanti di sana...maka pergilah mereka tiga beranak berbasikal ke kedai makan Pak Mat.

Sampai di kedai Pak Mat...kelibat Mazidul sudah ada...rupanya suaminya sudah menanti di kedai Pak Mat tanpa balik kerumah terlebih dahulu...walaupun lega melihat suaminya ada disitu...tetapi CERAMAH leteran tetap diberikan oleh isterinya kerana TIDAK DIBERITAHU suaminya menanti di situ.

Mazidul cuma ketawa sambil memesan makanan untuk anak dan isterinya...perlawanan yang mereka nantikan sejak siang tadi sedang berlansung dengan meriah didepan mata. Masing masing bersorak riang ria...masing masing memberikan ulasan dan kupasan mengalahkan jurulatih pasukan Malaysia...masing masing marah dan maki hamun pemain bola yang terlibat walaupun mereka sendiri tidak pernah SEPAK BOLA kecuali Mazidul dan ahli pasukan bola sepaknya.

Alhamdulillah...Malam itu kejayaan milik Malaysia yang berjaya menundukkan Singapura dengan 3 -1 ....masing masing gembira...puas hati sianak dan isteri Mazidul malam itu...perasaan bangga menguasai diri...

" Awak pulang dulu Liza...esok anak nak sekolah....abang nak borak dengan kawan sekejab". Kata Mazidul pada isterinya...

" Iyelah...tapi jangan balik lewat ..." Kata si isteri sambil memimpin anaknya berbasikal balik ke rumah...

Sampai dirumah si isteri terkejut kerana kelihatan ramai orang dirumahnya...langkah dia dan anak anaknya terhenti...perasaan berdebar dan timbul tanda tanya mula bermain difikirannya...kenapa ramai orang dirumahnya...

Langkahnya terhenti bila melihat penduduk kampung melihat dia dan anak anaknya dengan kehairanan dalam kesedihan....Mak Leha jirannya...segera mendapatkan Liza dan memeluknya dengan erat....

"Kamu kemana..puas kami cari ... " . Tanya Mak Leha sambil menangis....

" Kenapa ni..." Liza makin keliru...apa yang berlaku dirumahnya sekarang....???

" Sabar Liza...sabar...anggaplah semua ini suratan takdir..." Cuma itulah kata kata terakhir yang didengarnya sebelum pensan, bila diberitahu...Mazidul sudah dijemput ilahi...Mazidul kemalangan ditempat kerja magrib tadi....

Anak anak Liza masih tidak dapat menerima kejadian itu...bagi mereka ayah mereka masih berada di kedai Pak Mat ketika itu...mereka sama sama menonton perlawanan bola sepak tadi...mustahil!! Mustahil insan tidak bernyawa  yang berada DIDALAM RUMAH SEKARANG IALAH MAZIDUL..... BAPA MEREKA!!! 

......................
..............Triba triba enam mata memandang tepat kearah saya....empat mata dari dua anak dan dua mata lagi dari si isteri...Saya cuba hulurkan senyuman namun masing masing MASAM DAN MENJELING TAJAM..........

" Awak!! Kita tahulah awak tak minat bolaaa...tapi janganlah cerita kisah ni masa perlawanan JDT melawan Kelantan ni....potong mood....eeee......!!! Geram geram!! ". Sang isteri +Nur Camelia Huda membebel marah sambil disokong oleh si anak anak...

Errr.......Tak menjadi pulok trik kali ni...melepaslah nak tengok Nasional Geograhic bila ahli keluarga sok  mengadap bola ....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.