-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 22 Mei 2013

TERKINI VIDEO DAN GAMBAR SEKITAR PERHIMPUNAN ADAM ADLI

PEMBACA

Berikut ialah suasana terkini yang berlaku dalam perhimpunan BEBASKAN ADAM ADLI .........yang dihadiri oleh beberapa pemimpin PR ,juga dihadiri oleh beberapa kaum Cina, India dan Melayu yang menyatakan sokongan mereka untuk Adam.

Dan PALING PENTING KEHADIRAN PASUKAN KESELAMATAN SEPERTI POLIS DAN FRU untuk memeriahkan acara tersebut.........

Photo: Tipu PRU: Berhenti Menakutkan Rakyat Yang Bantah Keputusan PRU 13

KEPONG 22  MEI : PKR menggesa Kerajaan Umno-BN untuk menghentikan tindakan menakut-nakutkan rakyat yang membantah keputusan pilihanraya ke-13, sebaliknya berusaha memahami kehendak mereka yang mahu sistem pilihanraya diperbetulkan.
Naib presiden PKR Sivarasa Rasiah juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dilakukan Kerajaan Umno-BN untuk menakut-nakutkan rakyat dan menyekat gerakan menuntut sistem pilihan raya yang telus.
“BN kena faham, bahawa rakyat khususnya anak muda akan tetap lawan kerana mereka yakin bahawa prinsip mereka untuk tegakkan keadilan adalah betul.
adam adli jinjang 02“Pergerakan ini akan terus berkembang sehingga BN tumbang dan sebuah kerajaan yang benar-benar demokratik dan telus dapat ditubuhkan di Malaysia,” tegas Sivarasa.
“Nasihat saya, cuba fahami kehendak anak-anak muda ini, terima teguran dan perbetulkanlah sistem pilihan raya yang menjadi punca.
“Hentikanlah mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti dengan melakukan penangkapan seperti penahanan Adam Adli,” tambah Sivarasa apabila ditemui di satu di hadapan balai polis Jinjang di sini semalam.
Himpunan tersebut adalah bagi menunjukkan solidariti terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli yang ditahan reman sejak Sabtu lalu dibawah Seksyen 4 (1)  Akta Hasutan 1948.

adam adli jinjang 03Beliau ditahan berkenaan ucapannya di sebuah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei.
Adam didakwa menggesa orang ramai turun ke jalan raya untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihanraya ke-13.
Himpunan semalam turut disertai pemimpin Pakatan lain yang antaranya Presiden Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Nasir Hashim.
“Jangan pernah lupa bahawa semangat anak-anak muda seperti ditonjolkan oleh Adam Adli ini membawa obor perjuangan, mereka mahukan masa depan gemilang, mahu negara yang lebih baik.
“Semoga obor perjuangan ini juga akan menerangi hati semua termasuk mereka yang buta dan tuli,” kata Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin.
Dr Nasir Hashim dalam ucapannya pula menganggap penangkapan Adam adalah suatu tindkaan yang dilihat tidak adil dan berat sebelah.
“Mengapa pula ucapan yang lebih teruk yang dikeluarkan (aktivis ketuanan Melayu) Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan bekas hakim (Datuk Mohd Noor Abdullah) tidak dikenakan sebarang tindakan?,” soal mantan Adun Kota Damansara ini


Photo: Hahahahaha....
Depa dah ketakutan...
Tutup lah jalan apa un,kami selangkah takkan berundur..

Bebaskan Adam Adli pemuda kami...

-corleone-

Photo: Polis letak penghadang. Orang ramai berkumpul diluar hadangan dengan aman. Kami tak ganggu sesiapa. Penduduk pun tak komplen. Kenapa Polis dan FRU nak pukul orang?
Photo: # Bebaskan Adam Adli

Tembok perkauman sudah runtuh dengan kehadiran pelbagai bangsa di Balai Polis Jinjang...Kami Semua Anak Malaysia...Kami Semua Adam Adli...

Walaupun jalan di depan pusat lokap jinjang sudah ditutup, Tetapi orang yang menghadiri perhimpunan mlm ini, lebih daripada malam yg sebelum ini!

Hadirin ditahan pada polis!

TOPI MERAH sedang tunjuk taring

Bebaskan Adam Adli!! Free ADAM!!

Like & Share!

Photo: Latest New! : 14 Male and 4 female had been retained.
DAP Segambut YB Lim Lip Eng , YB Dr Zulkilifi was to make sure the retained is not harmed while negotiating with the officer it is refused that the retained can be visit by lawyer... what is law with Malaysia enforcement?
Photo: Dr Dzulkifli Ahmad mantan MP kuala selangor cube mendapatkan maklumat yg ditahan pd mlm ni, tetapi tak dilayan atas arahan ketua polis daerah
Photo: TERKINI: 10:50 malam 22.5.2013. Situasi di luar Pusat Tahanan Jinjang. Diberitahu oleh seorang hadirin bahawa polis dan FRU (yang bersedia menggunakan meriam air) memberi amaran kepada semua di himpunan aman #BebaskanAdamAdli untuk beredar, lepas itu mula menahan orang ramai. Kini lebih 10 orang ditangkap. Polis sedang mengejar orang ke dalam restoran dan stesen minyak, menjerit 'Tangkap! Tangkap!' Akan terus update. Mohon sebarkan. ~ admin

~~~
LATEST NEWS: 10:50 pm 22.5.2013. Situation outside Jinjang Detention Center. Was told by an attendee that the police and FRU (standing by with water cannons) warned peaceful protestors at the gathering to #FreeAdamAdli to leave, then started to arrest people. Now more than 10 have been detained. The police are chasing people into restaurants and petrol stations, shouting 'Catch them! Catch them!'. Will keep updating
Photo: Lebih 20 orang kini ditahan polis diperkarangan Balai Polis Jinjang.
Photo: Breaking News! POLICE BREAK UP PEACEFUL VIGIL AT JINJANG POLICE STATION LOCK UP!

The protestors were given 10 minutes to disperse after being threatened with SOSMA charges. However, as they were dispersed, they were kettled, sprayed with chemical water and then chased down. Apparently there have been 5 arrests so far.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) has asked those who have been arrested to call or SMS 013-3845740.  

Yb Lim (segambut) berbaju putih cube meminta kebenaran masuk ke balai, tetapi tidak dibenarka
Photo: Difahamkan ada adegan kejar-mengejar depan Lokap Berpusat Jinjang.
Photo: Tentera Sulu masuk Sabah bawak senjata takde pun disambut dengan tear gas, kita rakyat Malaysia berkumpul aman bawak lilin depan lokap terus kena hambat macam penjenayah.
Photo: Police started arresting supporters of Adam Adli at Jinjang Utara police lockup in KL...Stand off before the arrest at Jinjang Utara lockup


Macam nak prang....DASATKAN TUAN PUAN!! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.