-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 24 Mei 2013

SIAPA SANGKA AKHIRNYA JADI BEGINI......Dasat tuan puan!

PEMBACA
Sejak aku dilahirkan yang berlambangkan bangunan Parlimen, aku sangat dikehendaki. Aku bertukar suasana, aku bertukar tangan dari seorang kepada seseorang. Dari yang kaya hingga yang miskin, dari dewasa hingga pelajar sekolah.....


Betapa seronoknya aku waktu itu...hingga aku pernah berlakon dalam filem Allahyarham Tan Sri P Ramlee ........walaupun bukan sebagai watak utama tapi NAMAKU sering disebut hingga kini....antara sebutannya  " DUA POSEN!! Tak ada dua posen rahsia pecah aarrr".......Memang aku agak terkenal waktu itu...

Dulu aku sangat berharga...aku dapat digunakan untuk minum empat cawan kopi atau sekurang kurangnya sebungkus nasi lemak.Aku sangat berbangga waktu itu. Lebih bangga bila dimusim perayaan aku menjadi rebutan kanak kanak...aku kerap bertukar pengguna. Aku lebih kerap merasa merasa dalam poket si kaya, si miskin dan cuma sesekali aku terkurung dalam tabung.

Kini tidak lagi......kerana nilai aku kini cuma untuk menambah BAKI atau memberi derma. Begitu rendah nilai diriku kini......begitu terhinanya diriku kini tidak dipedulikan lagi seperti dulu.

Aku lebih kerap terkurung dalam tabung, ada rakan rakan ku telah hilang ditelan tanah...dibuang ditepi longkang...tiada siapa nak ambil dan gunakan aku lagi.......sedih! Aku sangat sedih...

Semalam ....aku begitu rasa terhina kerana secara kebetulan disebelahku adik kembarku yang nilainya sama seperti aku tapi.....tapi......saiz badannya kecil...dan ...tiada lagi BANGUNAN PARLIMEN yang menjadi kebanggaanku sejak 1969.....

INILAH AKU ........yang semakin dilupakan dan tiada nilai .......



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.