-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 11 Mei 2013

MESTI BACA! KISAH ISTERI ISTERI ORANG TERKENAL

PEMBACA

Mesti baca!
Ikuti  kisah dibawah ini yang berlaku didalam Masyarakat kita.......nanti anda jumpa SESUATU yang tanpa kita sedari tetapi sepatutnya  kita sedar. Watak yang dibuat diolah dari pendirian politik masing masing kerana anda kenali mereka SEMUA INI.
Dalam sebuah taman perumahan selepas 8 pagi dan ianya berlaku setiap hari.

"Tak sampai lagi ke ?". Tanya isteri Azhar Sulaiman sambil melihat jamnya.

" Belum ...agaknya lewat sikit kot hari ni..." Jawab isteri Salahudin Ayob sambil matanya memerhati kelibat isteri Norman Kru yang berjalan laju kearah mereka berdua...

" Pagi semua...Haduhh! penat aku berkejar ingatkan dah lewat tadi.." Hampir berpeluh juga isteri Norman Kru apabila sampai disitu.

" Ha ah! Lambat sampai dia hari ni......". Beritahu isteri Azhar Sulaiman sambil mereka bertiga duduk diatas pangkin yang disediakan disitu.  

Masing masing diam seribu bahasa...mungkin sudah tiada apa yang hendak dibicarakan ...cuma memerhati gelangat orang ramai yang lalu lalang didepan mereka menuju ke destinasi masing masing.

Sampai pula  isteri Mahfuz Omar  bersama isteri Subramanian yang juga jiran sebelah menyebelah.

" Rosalyn Yeoh dengar kabarnya dah bersalin malam tadi...apa kata petang ni kita sama sama pergi melawat".....Isteri Mahfuz Omar memecah kesunyian.

" Iyeee...boleh ....lepas Asar nanti kita kumpul kat sini macam mana". Isteri Norman Kru memberikan cadangan.

" Setuju! " Serentak mereka berkata........

" Pukul berapa Rosalyn Yeoh bersalin Ustazah". Tanya isteri Salahudin Ayob.

" Kebetulan i ada kat rumah masa tu ..dalam pukul 10 ...husband i yang bawakan..." Isteri Subramanian pula yang tolong jawabkan.

Pin! Pinnnnnnn!! Yang mereka tunggu sudahpun sampai...

"Haiyaaaaaa! Manyak solii...ini ali manyak lewat sampai...wa punya anak jatuh longkang...haiya! Susah ...susah..". Ah Chong ...apek sipenjual ikan berkata sambil menongkat motornya.

" Dah bawa ke Hospital Chong.." Sambil membelek koleksi ikan isteri Husam Musa yang lewat sampai pula bertanya.

" Talak luka...tapi wa ingat ale selikit seliuh...mau kasi ulut ..." Jawab Ah Chong sambil menurunkan peti sayur pula.

" Eh! Awak bawa jumpa Ustazah je ...dia pandai mengurut..." Cadang isteri Azhar Sulaiman sambil menjeling pada isteri Mahfuz Omar.

" HAIYA!! Boleh ka...wa pun sulah pining mana mau cali olang ulut...".

" Ala..tak la pandai sangat Chong...malam ni kamu bawak ...nanti akak tengok kan anak kamu tu.". Merendah diri Isteri Mahfuz Omar menjawab.

" Pandai Chong...Aku selepas bersalin pun mengurut dengan ustazah...lihat badanku...langsing gitu........." Puji isteri NormanKru menyebabkan semua ketawa riang ria umpama dipagi raya .......

"Berapa ikan senangin ni Chong......Lama betul tak makan ikan ni...anak akak suka" Tanya isteri seorang rakyat yang juga pelanggan terakhir yang masih belum membeli.

" Halega sulah naik sikit akak....tapi kalau lu mau...kasi cincai la...Lapanbelas linggit...". kata Ah Chong sambil menghulurkan plastik.

" Emmm...tak apalah! Awak kasi ikan selar kuning itu aja dengan bayam..' Kata isteri seorang rakyat sambil memimpin anak kecilnya seusia 2 tahun.

"  Emakkkkkk!! Nak jajan...nak jajan......' Rengek anak kecil tu tiba triba..."

' Iskkkkkkkk!! Tak boleh!!!...uncle ni mana jual Jajan...". Pantas isteri seorang rakyat itu berkata sambil cuba memujuk anaknya yang sudah mula meraung ituuu..

" Cepat sikit Uncle...berapa semua...mengamuk pula budak ni..." Kata Isteri itu lagi apabila melihat Ah Chong seperti lambat mengira.

" Empat belas...tujuh puluh sen saja..." Jawab Ah Chong sambil hulurkan barang yang dibeli. 

Sepantas kilat isteri rakyat itu membayar kerana tak tahan dengan tangisan anak nya...Ah Chong pula masih terkial kial...matanya memerhati gelagat anak beranak itu beredar dari situ .......

TIDAK SEMENA MENA...DIAMBILNYA SEPARUH IKAN PARANG DAN SATU JAJAN ...AH CHONG BERLARI MENDAPATKAN ISTERI DAN ANAKNYA yang masih tidak jauh dari situ..........

Kerna Ah Chong tahu...menolong orang yang susah dia tidak akan rugi...kerana itulah yang sering diajar oleh jiran jiran melayu...jiran jiran ISLAMnya walaupun dia bukan beragama Islam...dan pastinya Ah Cong bangga kerana dia SEBAHAGIAN DARI KAUM yang cintakan keharmonian.......


1 Mesej diterima:

Alamak, aku ingat isteri2 Salahudin Ayob ke, atau Norman Kru ke, atau Azhar Sulaiman ke. atau Mahfuz nak tolong bayarkan harga ikan tu separuh....
atau nak tolong masakkan ke
btw, cantik, cantik, cantikkkkkkk !!!

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.