-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 21 Mei 2013

HILANG NYAWA PUNCANYA KITA....perlu baca !

PEMBACA
Tadi berbual sambil minum dengan wartawan dari Sinar yang baru pulang  mengambil gambar dan kenyataan seorang makcik yang diragut . Banyak yang boleh kita ambil iktibar dan panduan dari apa yang kami bualkan tadi.

Kata wartawan ini....hasil maklumat yang diterima, kejadian ragut ini berlaku semasa Makcik ini pulang dari mengambil anaknya disekolah.Makcik ini diragut  semasa melalui jalan yang berbonggol apabila dia perlahankan motornya ,meluru dua orang pemuda yang menaiki motor  lalu mengambil beg  duit yang diletakkan dalam raga motornya.

Makcik ini bernasib baik tidak terjatuh yang mungkin akan menyebabkan berlaku kecederaan pada anak dan dirinya. Apa yang penulis nak kongsi kan dalam kisah ini...ialah KESILAPAN yang telah dibuat, dan bukan pula penulis tidak simpati dengan nasib makcik itu dengan anaknya......

Kesilapan yang mungkin sedang dilakukan oleh kita terutama penunggang motor yang suka meletakkan barang berharga didalam raga motor seperti beg duit, hp dan lain lain. Kadang kala kita tak nampak ianya MEMBAHAYAKAN  sebab kita tidak tahu yang seorang penjahat sedang memerhatikan kita....

Memang satu satu kejadian itu kita tidak dapat elak jika hendak terjadi, tetapi kita perlu sentiasa waspada kerana kebanyakan hilang nyawa itu puncanya dari KITA........dan penjahat itu cuma PENYEBAB! 

Hati hati dan semoga anda semua selamat! 
  

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.