-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 26 April 2013

SUAMIKU KANTOI CURANG

PEMBACA
Disebabkan cuti hari ni, Nur nak cerita tentang tips tips untuk MENGESAN SUAMI YANG CURANG......lagipun Tips ini Nur dapat dari jiran jiran yang sepakat membawa berkat...ahakss!



Pesan jiranku Fauziah.......

Perkara pertama.....Lihat telefon dia....setiap masa dia pasti tidak akan letak hp merata rata...pasti didalam kocek!! Dan peliknya telefon dia tak pernah berbunyi semasa dirumah....

Kedua....Lihat senarai rakan rakan dalam telefon dia....jika TIADA SATUPUN NAMA WANITA.......itu TIDAK BERMAKNA kita tidak ditipu....sebabnya....

"Ko lihat aku tulis ni Nur...."

FAUZIE....sekali imbas nama lelaki kan..tapi sebenarnya FAUZIAH

ALIM..........tapi sebenarnya MILA

ARON..............tapi NORA

ADI...........yang sebenarnya IDA...

AZIM.....tapi sebenarnya MIZA....

"Dia terbalikkan nama lah tu kan  Gee?" 

"Bijak pun ko...".

Jiran sepakat Shanim pula berkata.

"Petuanya mudah je Nur,beri servis terbaik tapi kalau dah bagi servis terbaik pun dia curang juga...masa tu kita SERVIS dia balik" Kata Shanim sambil menunjukkan "kek batik lepas" ciptaan terbarunya.

"Satu lagi Nur kena buat "CHECK IN" dalam kereta, kadang kadang ada baju dan seluar yang dia sorok...dan kita harus peka pada bau minyak wangi...

"Ni lagi satu aku nak tambah...kalau dia kata tengah Mesyuarat, ko minta bukti bergambar dia sedang mesyuarat, kan sekarang boleh MMS...mana dia nak sorok..." Fauziah terus menambah tips..

"Ahaks...akak setuju ngan Gee tu, tengok juga sms ATAU PANGGILAN MASUK DIA Nur, kalau setiap masa TIADA SATU pun SMS dalam inbox Hp dia...pasti ada sesuatu...pasti dia dah padam sebelum balik..." Shanim pula menambah sambil menambah kuih kedalam besin yang sudah hampir kering dimakan oleh Saya dan Fauziah

" Perhatikan gerak tari dia dirumah ...ada tak perbezaan ketara, macam sebelum ni dia suka lagu rock...triba triba dia minat lagu cintan cintun...mesti ada yang tak kena ...kalau dia tengok kat luar rumah, dia boleh senyum sorang sorang...pasti ada tu Nur......HATI HATI jangan sampai makan HATI....." 

"oooooooo...".......Siapla baba balik ni karang.......huh!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.