-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 6 April 2013

PANAS - BN BOLEH MENANG GUNA FORMULA NI!

PEMBACA
Pasti kita pernah lihat situasi begini, satu pasukan yang dilihat kuat tapi tersungkur kalah pada satu pasukan yang DILIHAT LEMAH......ianya pernah berlakukan?


Jika dilihat secara adil,tekanan yang tinggi pastilah berada dipihak BN dan jika PILIHANRAYA DAPAT DILAKUKAN DENGAN ADIL memang Barisan Nasional akan kecundang.

Memang ada penyokong BN akan marah dengan ayat penulis diatas,tapi percaya dan terimalah hakikat, TIADA SATU KUASA DALAM DUNIA NI dapat bertahan selamanya termasuk juga empayar Islam ....Jika tidak kali ni, dimasa akan datang. 

DAN macam mana nak beroleh kemenangan SEMASA MASIH BERPELUANG??

Berpeluang maksud penulis ialah semasa BN masih mempunyai kuasa sekarang, kerana formula ini cuma boleh digunapakai JIKA ADA KUASA,tanpa kuasa.....lupakan saja!

Kenyataan ini juga bukan bermakna penulis nak cuba menakutkan penyokong PR,tapi satu kenyataan yang perlu diambil kira kerana ianya satu kemungkinan bersandarkan pada maksud ini.....

"Mana mana pihak pun,pihak yang pernah memerintah pastilah mahukan kemenangan bukan kerana TAKUT KALAH .....tapi TAKUT bersalah! Apabila pernah memerintah dan apabila kalah,pasti ada pembongkaran yang salah........ini amat ditakuti!"

Jika mahu menggunakan kuasa dan pengaruh SPR mungkin agak sukar kerana "SUDAH BANYAK BENDA YANG TERBONGKAR". Jadi formula berasaskan undang undang ini boleh digunapakai. Apa maksud formula berasaskan undang undang? Kita tahu setiap rakyat harus  menghormati undang undang walaupun undang undang itu cuma terpakai untuk dunia saja...

Kita JADIKAN KES rampasan kuasa diPerak satu rujukan  dan panduan.....Semua tahu rampasan kuasa diPerak memang melampaui dan melanggar undang undang yang telah termaktub diantaranya  kuasa Speaker. Tapi apabila proses rampasan kuasa ini "diubahsuai" menjadi MENGIKUT UNDANG UNDANG maka kerajaan BN Perak kekal hingga ke hari ini....

FORMULANYA....Gunakan pendaftar pertubuhan atau ROS UNTUK MEMBATALKAN PARTI DAP dan PKR SELEPAS PROSES PENAMAAN CALON SELESAI........ini akan membolehkan BN menang secara PERCUMA....

Dan gunakan pendekatan undang undang "YANG DIUBAHSUAI" untuk menutup kesalahan pembatalan diatas....Berani??

Berjaya atau tidak FORMULA diatas penulis tidak pasti kerana kesannya MUNGKIN AGAK BESAR.....Tapi mengenangkan demi untuk kekal berkuasa ianya mungkin dapat dilakukan sementara kuasa masih ditangan.

Itulah yang didebatkan penulis bersama seorang rakan yang juga seorang peguam, bersungguh sungguh dia menyakinkan penulis bahawa FORMULA ini akan berjaya lalu penulis ambil keputusan untuk kongsikan pendapat ini dengan anda semua......Logik ke?



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.