-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 2 April 2013

HITS MESTI BACA!! SAKSIKAN KESUDAHANNYA.........

PEMBACA
"Duit apa ni YB?" Tanya pembantu Taib Mamud hairan.
"Ala....ambil ajelah....". Taib Mamud berlalu pergi dengan kereta mewahnya RoLL Royce. Hatinya riang, begitu mudah menundukkan orang sekarang ni......cuma bagi duit semua LEMAH GEMALAI.

Memang dia tahu pembantunya itu tidak tahu istilah duit tepi...tetapi dengan memberikan duit pada pembantunya tadi, ini dapat memudahkan urusan pembelian tanah tanah yang ingin dimilikinya.

Begitulah mudahnya Taib Mamud memiliki tanah...modalnya cuma kuasa dan duit....dengan menggunakan KUASA DAN DUIT DIA MAMPU MEMILIKI SEGALANYA...termasuk isteri cantik yang diimport dari TANAH LubukNan.

"Berenti depan tuu...." Arah Taib Mamud pada pemandunya tak kala sampai disatu warung .

" Jalan lecak lah YB...kan semalam hujan". Pemandunya memberitahu

" Alahhh! Kalau kotor tayar kereta ni disebabkan selut TANAH, esok aku beli tayar baru terusss". Bangga dan riak Taib Mamud menjawab.

" Tak apa...tak apa.....tuan tuan dan puan puan sila makan apa nak makan,sila minum apa nak minum....saya belanja...tapi ingat!! Undi adalah Rahsia....hahaha" Pesan Taib Mamud secara berkias pada penduduk kampung yang hampir sudah tergadai TANAH mereka pada Taib Mamud secara paksa DALAM DIAM menggunakan kuasa duit.

Dikalangan orang miskin dan susah, Taib lebih disayangi selain dapat menambah koleksi TANAH nya...beri sedikit imbuhan pada yang susah dan merana maka beribulah pujian yang akan diterimanya. Apabila dipuji, maka mudahlah Taib meracun penduduk kampungnya.

Tetapi Taib Mamud tidak digemari malah dibenci oleh golongan yang kaya dan golongan yang ingin menjadi kaya. Bagi golongan ini, adanya Taib Mamud mereka susah untuk mendapat TANAH,jika Taib mamud dapat seribu ekar, mereka cuma dapat 10ekar....

Namun tiada siapa mampu dan boleh melawan Taib Mamud, dia sangat berkuasa .....telah pelbagai cara dicuba termasuk bomoh,dukun ,polis,ahli politik ,pakar sejarah malah Hakim sekalipun tidak mampu MENUNDUKkan Taib Mamud. 

Taib Mamud dilihat begitu kebal  kerana kuasanya mejangkaui jumlah TANAH miliknya ,tiada siapa mampu menghalangnya lagi......tiada siapa berani......

Lamunan Taib Mamud terhenti....matanya terpandang pada sebidang Tanah yang terdapat diatas bukit, kedudukan tanah itu sangat menarik minatnya.....Taib Mamud dan pemandunya berdiri diatas tanah tersebut.....memandang kebawah....

"Macam mana aku tak perasan ada tanah secantik ini setinggi ini.....Sangat molek dibuat banglo....."Katanya dalam hati sambil dapat merasai KESEGARAN ANGIN dan melihat kebawah ....Taib Mamud dapat melihat keseluruhan atap rumah penduduk dari situ itu. 

Memang tanah ini sangat cantik.....sangat menarik....rasanya inilah tanah TERTINGGI yang dijumpainya....dari sini Taib dapat melihat segalanya yang dibawah...bisik hatinya

"Aku nak tanah niiii.....tak kira apa cara". Arahnya pada pemandu setianya......

"Tapi ...tanah ni ...." Ayat pemandunya terhenti apabila Taib Mamud beliakkan matanya ...pemandunya tahu dan mengerti tiada siapa mampu melawan dan membantah kehendak Taib Mamud.

Segera Taib Mamud uruskan niatnya untuk memiliki tanah yang dilihatnya tadi, dihubungi terus orang orang kanan dan kirinya, dihubungi terus kontraktor untuk reka bentuk banglo barunya itu....

Masing masing terkejut dan serba salah dengan KEHENDAK DAN PERMINTAAN TAIB MAMUD.....tapi semuanya terpaksa mengalah akibat sudah TERMAKAN "MeeKUAH " yang dihidang Taib Mamud.

AKHIRNYA TAIB MAMUD BERJAYA JUGA MENDAPAT TANAH DIATAS BUKIT ITU dengan satu keadaan yang dia sendiri tak sangka dan jangka.....Taib Mamud TERJATUH semasa dia sendiri membantu pekerjanya memindahkan "insan insan kaku" yang ditempatkan disitu... NYAWA Taib Mamud TELAH DIAMBIL! .....Nyawanya HABIS DIATAS TANAH KUBUR ITU......

Kini .....berbekalkan sekeping papan yang tidak bernilai  dan sejenis kain yang sama warnanya untuk setiap insan tidak kira tua atau muda,tidak kira miskin atau kaya,tidak kira berpangkat atau tidak... Taib Mamud keseorangan.....dunianya SEMAKIN DIRASAKAN SEMPIT DAN MENGHIMPIT DIRINYA didalam tanah ini.

Ini lah TANAH terakhir Taib Mamud .....tanah yang ingin sangat dimilikinya yang kini memang menjadi miliknya WALAU SEMENTARA...
KEMBALI KE TRANUNGTKO DISINI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.