-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 11 April 2013

HIT WAJIB BACA!! DISUMPAH KETURUNAN MONYET

PEMBACA
Memang dah lama penulis teragak nak bertanya pada Pak Hamid salah seorang jiran kebun getah penulis......Kenapa beliau tanam pisang didalam kebunnya sedangkan beliau tak pernah ambil walau satupun pisang yang sudah masak....semuanya dibiarkan dimakan monyet!


Memang pelik perangai Pak Hamid ini, dikebun getah yang banyak monyet monyet liar, triba triba Pak Hamid boleh tanam pisang dan hasilnya tak diambil pun........kenapa?

Semuanya terjawab petang tadi.......bila Pak Hamid membuka cerita ....... 

Menurut Pak Hamid,kejadian ni berlaku apabila dia mula meneroka tanah disitu untuk membuka kebun getah. Dari awal proses menanam hinggalah getah sudah mula mengeluarkan hasil semuanya berjalan lancar, tiada sebarang masalah yang timbul hingga dipenghujung tahun ke 6 ,sekumpulan monyet liar mula  berkampung dikebunnya.

Awalnya Pak Hamid tak kisah sangat dengan kehadiran monyet monyet itu kerana pokok getahnya sudah pun boleh ditoreh...tetapi lama lama Pak Hamid terasa TERCABAR kerana monyet monyet ini suka memalingkan mangkuk susu dan menghilangkan sudu getahnya. Bayangkanlah betapa panas dan terduduknya Pak Hamid bila datang semula esok pagi untuk mengutip getahnya...hampir semua mangkuknya terbalik........itu tak campur lagi dengan sudunya yang hilang.......

Jika dulu Pak Hamid boleh tinggal saja barang barangnya seperti kasut,baju dan seluar untuk menoreh ,tetapi sejak BERJIRAN DENGAN MONYET itu, pasti merata rata barang barangnya itu berselerak hingga sukar Pak Hamid nak mencari nya......jika jumpa sebelah kasutnya dihujung kebun, bajunya koyak dan tersidai atas pokok.....semua ini mencabar dan memanaskan HATI PAK HAMID YANG PANAS BARAN orangnya.

Monyet monyet ini perlu diajarr!! Pak Hamid pun memulakan misinya untuk memusnahkan monyet monyet yang menumpang KACAU didalam kebun getahnya......Dengan menggunakan beberapa tandan pisang masak yang diletak racun, Pak Hamid beri PENGAJARAN PADA MONYET MONYET ITU......

Esoknya Pak Hamid kekebun untuk melihat HASIL MISINYA MEMUSNAH MONYET.....tersenyum riang bila Pak Hamid lihat tandan tandan pisang yang diletaknya semalam cuma tinggal kulit yang berselakan.....Haaaaaaa...barulah sunyi ...kalau tidak pepagi macam ni hiruk pikuk radio dari monyet monyet itu...kata hatinya! 

Berjalanlah Pak Hamid menuju ke motornya untuk memulakan proses torehan pagi itu...dalam perjalanan ke motornya triba triba Pak Hamid nyaris dihempap oleh seekor anak monyet yang jatuh dari atas pokok...dalam keadaan kesakitan akibat terjatuh dan termakan racun, Pak Hamid tergamam melihat penderitaan anak monyet tersebut yang akhirnya mati. 

Hati dan perasaan Pak Hamid ketika itu berdebar, MULA TERASA PENYESALAN ATAS TINGKAH LAKUNYA membunuh makhluk Allah....air matanya mengalir tanpa dipaksa apabila dia ternampak SEKUMPULAN MONYET YANG BERKELUARGA BERGELIMPANGAN dibawah pokok getahnya.......

Pak Hamid terasa lemah melihat betapa ZALIMNYA DIA pada monyet monyet tersebut...RASA MENYESAL YANG AMAT SANGAT PAK HAMID PAGI ITU, segera dia teringat anak isterinya dirumah........segera dia teringat Allah yang ditemuinya semasa solat subuh tadi........

Dikumpulnya monyet monyet yang tidak bernyawa itu lalu ditanamnya.....seharian Pak Hamid menguruskan pengkebumian monyet monyet yang dibunuhnya itu.....

Sejak itu Pak Hamid mula sedar dan insaf dan mula berkawan dengan monyet monyet....Jika pokok pisang yang ditanamnya tidak masak,sanggup dia bawa dan beri monyet monyet makan.......

Tapi.....menurut Pak Hamid, walau apa pun dilakukan oleh beliau untuk menebus dosanya itu, JIWA DAN HATINYA TETAP TIDAK TENANG.....anak bongsunya AKAN MERACAU DAN MEROYAN setiap kali melihat monyet walau ianya cuma  gambarr ......

Aku disumpah keturunan Monyet! Kata Pak Hamid sambil mengesat air matanya.....penulis terdiam......teringat pagi tadi ada baling monyet dengan kayu kat kebun getah.....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.