-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 15 April 2013

FAKTA MENARIK PILIHANRAYA

PEMBACA
Beberapa fakta pilihanraya yang boleh kita kongsikan.


Lompat jauh dan lari berpagar  adalah salah satu acara dalam sukan makala Lompat parti dan pengundi atas pagar adalah  SALAH SATU ACARA DALAM PILIHANRAYA.....

Kebanyakan calon yang menyertai dalam mana mana pilihanraya adalah BEKAS BEKAS PELAJAR Sekolah  kerana amat JARANG DAN TAK PERNAH TERJADI ADA CALON SPM yang menjadi Calon Barisan Nasional atau DAP miahahaha.

Sebelum pilihanraya kejadian berebut kerusi sering kali kita dengar, semasa pilihanraya pula kejadian mempertahankan kerusi juga biasa kita dengar  TAPI....selepas pilihanraya .....BALING KERUSI jarang jarang kita dengar kan kan kan kan......

Demi mempertahankan BENDERA PARTI masing masing, ada pihak yang cedera , ada pihak yang bertumbuk, ada pihak yang hilang saudara......Tapi DEMI mempertahankan anak gadis yang memakai seksi tiada akan cedera kecuali cedera parah pada  MATA.....

MELOBI dan Dobi adalah benda yang sama iaitu memerlukan "KUASA DUIT" walaupun berbeza peranan, Melobi biasanya untuk membodek dicalonkan, manakala Dobi adalah salah satu cabang perniagaan yang boleh diceburi jika tidak TERCALON ....

Walaupun perang poster tidak melibatkan senjata perang seperti bom nuclear hahaha ,namun ramai juga yang cedera  seperti patah kaki,tengkuk  serta cacat anggota badan.

Kita cuma dibenarkan mengundi tapi tidak DIBENARKAN MENGIRA UNDI ........

JANJInya jika menang nanti, kesenangan akan diberi ......tapi setelah dia kita UNDI, kesenangan diri sendiri yang dia cari

BUAT PILIHAN BIJAK SEBELUM TERLAJAK! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.