-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 25 April 2013

DEMI MARUAH BENDERA........

PEMBACA

Mulanya penulis tak perasan ,tapi apabila dah selalu terserempak.......barulah perasan kegiatan setiap petang dan tengah malam seorang anak muda ini........


Setiap petang semasa penulis minum bersama RAKAN, anak muda ini akan lalu dengan motornya.

Setiap malam pula apabila penulis pulang kerumah dalam pukul 2 atau 3 pagi........juga akan terserempak dengan pemuda ini.......

Akibat terharu dengan usaha pemuda ini,penulis memberanikan diri untuk berkenal dengannya......

" Saya buat ikhlas bang..." Katanya membuatkan penulis tersenyum.

" Tak takut ke meronda seorang diri ni..." 

" Allah sentiasa ada bang...Insha Allah"

" Tapi kena hati hati...takut disalahtafsir pula ..." Kata penulis sambil melihat raga motornya yang ada tali, pita pelekat dan player yang digunakan oleh beliau untuk membetulkan bendera bendera yang rosak disebabkan oleh angin dan disebabkan oleh "MANUSIA BERANGIN".

" Tahu bang...dulu ada juga saya betulkan bendera mereka...tapi MEREKA TUDUH saya nak rosakkan bendera mereka...nasib baik ada orang kita lalu...kalau tidak teruk saya kena pukul bang.."

"Iyelah!! Hati hati ,tak semua orang boleh baca NIAT IKHLAS KITA..." Pesan penulis sambil hulurkan RM10 untuk duit minyak dan upah beliau.......walaupun dia menolak...tapi penulis tetap tolak duit tersebut kedalam kocek bajunya......kerana pada penulis.....

DEMI MARUAH SEBUAH BENDERA.......


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.