-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 8 April 2013

DASAT! KONSPIRASI ANAK ANAK TERHADAP IBUBAPA

PEMBACA
Nak tahu konspirasi anak anak terhadap ibubapa mereka?.........anda patut baca kisah menarik ini yang boleh dijadikan panduan juga bantuan.


"Alamakkkk!! Masalah besar ni........" Jerit si Achik yang baru pulang dari sekolah  bila melihat ada "NOTIS DARI BABA" didalam bilik "Cybercafe" mereka. Segera Achik berlari ke ruang tamu dan menyampaikan apa yang telah dilihatnya.

"Alongg......Baba bagi notis amaran! cer tengok kat bilik". Along yang juga baru pulang dan juga baru mengadap AstroRia tersentak dengan perkabaran itu.

Keduanya masuk kedalam bilik untuk melihat bukti ADANYA NOTIS AMARAN dari  ayah mereka yang mesra dipanggil Baba...keduanya terduduk ditepi pintu bilik . 

"Kita tunggu kakak dan adik balik dulu.....nanti along usulkan Mesyuarat tergempar". Kata Along pada Achik yang sudah mula sugul .

"Kenapa bang?". Tanya si kakak anak kedua dalam keluarga itu,juga satu satunya anak dara dalam keluarga itu.

"Ini masalah ni ......acam ma ne ..." Rungut si adik pada kakak tak kala ditunjukkan Notis  tersebut. 

"Kita adakan mesyuarat tergempar sebelum ibu balik.....cepat pergi siap dan masuk bilik ni semula". Along memberi cadangan.

" Nak kena buat air tak bang...macam ibu meeting tu kan kena ada makan makan...kan kan kan kan..." Tanya si Kakak...

" Achik setuju tu...akak siapkan makanan untuk meeting kita tu..." Pintas Achik anak yang sentiasa perlu ada makanan padanya.....

"Huh! Jangan nak memain.....cepat cepat! Sebelum ibu balik...". Along menggunakan kuasa Vetonya.

Mesyuarat pun bermula.......

"Ada sesiapa nak beri cadangan pada notis Baba ni". Along memulakan agenda mesyuarat.

" Kakak cadangkan kita gunakan adik untuk pujuk ibu....sebab adik kan anak kesayangan ibuu..kan adik .......kan kan kan kan.". Cadang si kakak.

" Ana lehh! Notis ni dari Baba...ibu pun mesti tak berani...baik kakak aje pujuk Baba...kan kakak anak manja baba.......". Adik menolak cadangan kerana adik sedar walau dia manja dengan Baba tapi.....TIDAK BERANI laaa.........!

"Achikkkkkkkkk!! Orang sibuk fikir cara nak selesai, ko asyik makan ajaaaaaaaaaaaa". Jerit Along pada Achik yang lebih sibuk menjamah jajan dari mengikuti agenda mesyuarat.

"Akak pun tak beranilaaa ngan Baba! Baba tu sekali tengking hilang selera makan kita...kan adik kan..kan...kan...kan.." 

"Ok...kita UGUT dan boikot! Malam ni kita semua tak payah makan...tak payah bercakap...ibu mesti risau,bila ibu risau ibu mesti ngadu kat baba......Ok tak". Along memberi cadangan.

"TAK SETUJUUU!! BOIKOT LAIN tak leh ke Along?? MAKAN ni susah la sikit..." Achik membantah keras......tapi terpaksa tunduk apabila along menjeling ke arahnya.

Masing masing diam....masing masing buntu! Masing masing berharap Ibu mereka dapat membantu......dapat menyelesaikan satu masalah yang BESAR PADA ANAK ANAK ini.....

Masing masing merenung dan memandang notis AMARAN BABA YANG DITAMPAL DI TV .....

" TIDAK DIBENARKAN MAIN GAME, INTERNET DAN SEWAKTU DENGANNYA KECUALI PADA HARI AHAD! SESIAPA YANG ENGKAR AKAN DIHUKUM ! SEBARANG SURAT MENYURAT TIDAK AKAN DILAYAN........."

Harap Maklum........
Berkhidmat untuk negara
.........Baba


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.