-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 9 April 2013

CUBA RENUNG DAN FIKIR........KAN SAMA AJA!

PEMBACA
Perhatikan dua adegan dibawah ......anda akan temui KESAMAANNYA NANTI.



"Aku nak tukar warna kereta la Husam, asyik warna hitam aja...bosan dah".

"Tak bahaya ke Raja Nong Chik?" 

"Iskkkkkkk ko ni...ada plak tukar warna kereta bahaya!!"

"Iyelah, kalau ko tukar warna kereta,tak terjejas ke prestasi kereta tu,tak rosak ke enjin??". 

"Tak pernah pulak aku dengar cerita bila cat kereta enjin boleh rosak...ko ni biar betik........."

Nampak macam bangang kan bila ditukar warna kereta akan menjejaskan prestasi kereta.......ok lihat kenyataan ini pula....

"Risau betul Mak Piah sekarang ni......."

"Kenapa pula risau Mak Piah?"

"Iyelah, pembangkang dah makin kuat, esok kalau pembangkang perintah habis la rosak semua...habis semua cikgu,polis askar tak ada keje...kesian anak anak makcik kat kelompo tu ......."

" Mak Piah niiiiiiiiii.......oklah macam ni saja, anak Mak Piah ada yang keje cikgu kan kat Pulau Pinang, yang sulung jadi polis kan kat Selangor..betul tak?

"Betul betul ......."

"Dalam 5 tahun  Pulau Pinang dan Selangor diperintah pembangkang, anak anak makcik Piah TETAP JADI CIKGU DAN POLIS JUGA KAN.......tak dibuang kerja kan....kan.......kan......"

"Tapi itu kerajaan negeri,ini pembangkang nak rampas kerajaan pusat...bahayalah!"

"Samalah Mak Piah, macam suami mak Piah tukar warna kereta saga tu...cuba tengok dari warna hijau ke warna biru, keretanya tetap sama,dapat bergerak kemana mana,malah nampak lebih cantik lagi dengan warna baru...Samalah juga dengan tukar kerajaan ni, yang bertukar cuma PENTABBIRAN SAJA, yang lain semua sama, errr.......nak mudah faham lagi....

Macam sekolah bertukar guru besar......ade ke lepas dapat guru besar baru HABIS SEMUA GURU,MURID DAN TUKANG KEBUN SEKOLAH DIBUANG?? 

Boleh alasan gitu?? 

Pilihan ditangan anda..........Kekal atau tukar ? 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.