-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 3 Mac 2013

UTUSAN BERPOLITIK TAPI PENAKUT!

PEMBACA

Jika kita dipihak yang benar seperti didakwa kita kena YAKIN DAN BERANI.....Jika kita mahu nilai berita yang kita paparkan itu DIYAKINI DAN BERNILAI ...........kita juga perlu berani menghadapi segala kemungkinan.

Malangnya .......mereka cuma berani BUAT BERITA tapi tak berani NAK HADAPI berita yang mereka sendiri buat...itulah maksud penulis apabila melihat Utusan Online YANG TIDAK MEMBENARKAN RAKYAT MEMBERI KOMEN atau ulasan diatas berita yang mereka sampaikan......

Belajarlah menerima kenyataan mahupun kecaman jika berita yang disampaikan itu bakal diterjah secukup rasa oleh rakyat.....contohilah apa yang dibuat oleh Sinar Online, Malaysiakini yang menerima kedua dua belah pihak untuk berkongsi pendapat diatas satu satu berita yang disampaikan.

Sampai bilakah Utusan harus sembunyi dalam mainan politik yang akibatnya utusan bakal diutuskan ke longkang kerana tidak lagi diyakini rakyat akan berita yang dipaparkan. 

Isu pencerobohan di Lahad Datu amat menggemparkan rakyat yang rata rata mahupun kedamaian dan keharmonian.....Gemparnya rakyat APABILA RAKYAT TIDAK DIPAPARKAN DENGAN BERITA BERITA YANG SEBENAR.....Gemparnya rakyat apabila rakyat mula mencari cari disekeliling media Online akan berita terkini dan DIYAKINI......

Satu fakta yang telah dan sedang berlaku disebalik isu pencerobohan di Lahad Datu ialah .....Berita berita adanya kaitan Pakatan Pembangkang terutama Anwar Ibrahim dengan penceroboh......SEDANGKAN DIDALAM BERITA YANG SAMA MEREKA BERKATA ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU BUKAN POLITIK DAN tidak boleh DIKAITKAN DENGAN POLITIK.....

Rakyat diberi amaran......JANGAN KAITKAN ISU POLITIK DALAM KES LAHAD DATU....rakyat dimindakan bahawa perjuangan polis dan tentera dilAHAD DATU adalah demi maruah negara.......anggota anggota yang terkorban adalah pejuang negara yang patut kita banggakan.......

Awalnya penulis SETUJU.......Benar!! Tidak ada isu politik dalam hal hal keselamatan NEGARA macam yang diulas oleh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin dan Menteri Undeng Undeng Nazri Aziz............

TAPI............tup tup........!! PENUH DAN RIUH RENDAH dalam media media pro kerajaan TENTANG ADANYA KAITAN ANWAR IBRAHIM DENGAN KUMPULAN PENCEROBOH Sultan Sulu dan pengikutnya........

Habis hilang fokus pada PAHLAWAN NEGARA YANG BERJUANG MEMPERTAHANKAN NEGARA hingga TERKORBAN..........Tapi yang difokus SEKARANG ialah MENYALAHKAN PEMBANGKANG!! 

Bukankah ini berita pelik TAP BENAR......Saksikan gambar gambar dibawah...siapa YANG MENGIKTIRAF Sultan Sulu dan siapa LEBIH RAPAT DENGAN PEMBERONTAK!!



OK.......Sekarang kita lihat pula perseksi RAKYAT  

Lahad Datu -Penceroboh Asing atau orang Malaysia?

Jika kita meneliti keseluruhan keseluruhan proses kejadian tersebut kita akan dapati banyak perkara meragukan.

1. Mengapa peristiwa yang digembar-gemburkan sebagai pencerobohan asing ke atas Lahad Datu ditangani polis bukan tentera?
2. Bagaimana orang asing berseragam tentera dan bersenjata dalam jumlah yang besar, diberitakan 100 hingga 245 orang melepasi kawalan TLDM dan tiga agensi lain.
3. Mengapa ada rundingan apabila ada pihak asing melancarkan perang.
4. Bagaimana orang asing yang baru sampai sudah menguasai selok belok kawasan felda tersebut dengan mahir sekali?

Persepsi gua

Tidak wujud pencerobohan asing. Mereka adalah rakyat Malaysia yang berdarah Sulu sama ada lahir di Sabah atau mendapat kewarganegaraan seperti didedah skandal IC Sabah. Jika ada sekalipun rakyat Filipina mungkin sebahagian daripada mereka. Kehadiran mereka adalah secara rasmi atau menyeludup masuk seperti orang awam. Mereka tinggal di Sabah untuk suatu ketika yang lama. Menunggu arahan.

Kerana itulah polis marin dan TLDM tidak dapat mengesan kemasukan mereka. Mereka masuk tanpa senjata dan pakaian tentera. Bermakna juga tiada bot 3 injin 75 kuasa kuda yang digunakan seperti didakwa.

Mereka tidak datang serentak tapi beransur-ansur dengan berpakaian awam. Mereka berkumpul di kawasan tertentu dengan bantuan rakyat Malaysia yang berkomplot dengan mereka. Mereka meninjau kawasan felda tersebut disamping membina denai-denai umtuk bergerak. Tidak mustahil mereka turut berjaya membina terowong khas untuk melarikan diri.

Oleh kerana mereka adalah rakyat Malaysia maka tentera tidak digunakan. Ketenteraman awam adalah tanggungjawab polis. Maka seperti biasa pihak polis akan cuba berunding dengan mereka kerana mereka adalah rakyat malaysia. Berbeza dengan tentera.

Kaedah tentera lebih mudah dan direct to the point. Satu peluru satu musuh. Membunuh atau terbunuh.

PERSEKSI KE DUA

 ORANG KOMANDO POLIS DAH TERBUNUH... KENAPA TENTERA BELUM SERANG SETAN2 SULU TU???

Stesyen "keadaan semasa",

Tentera, Polis, Dan penceroboh asing di Lahad Datu..

^_^

Ketika rehat sap dari "kehidupan oncall", kes pun tak ada di panggil lagi, aku sempat berbual dengan seorang abg "komando" dari Kem Tentera Terendak..

Ada beberapa persoalan yang aku Tanya kepada Beliau, antaranya,

"Abg, kenapa sekarang polis yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu?"

Abg komando, "sekarang ni, orang awam, masyarakat tak faham tentang siapa yang berkuasa, tentera adalah di bawah Kuasa Yang DiPertua Agung, 

Sekarang ni, Agung sedang memerhati, Beliau melihat banyak aspek Dan kemungkinan, 

Jika nak di Arahkan askar, Agung kena isytihar darurat di Kawasan terlibat, maka tentera Akan di Arahkan, Dan tempat yang di darurat kan tu, banyak peraturannya, terutama tempoh berkurung, maka Hal ini boleh menyebabkan kesusahan kepada rakyat di Kawasan terlibat untuk keluar masuk dari rumah ke bandar,

Dan, jika tuanku yang mengistiharkan darurat, maka yang berkuasa direct dari Agung adalah PAT (Panglima Angkatan Tentera), Beliau yang Akan mengeluarkan sebarang Arahkan, Menteri Pertahanan pula di bawah dia, kemudian barulah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Udara, Panglima Tentera Laut..

Jadi, kita kena faham, tuanku meneliti untuk mengeluarkan sebarang Arahan, tuanku tak Akan mengeluarkan sebarangan Arahan..

Orang politik ni, macam macam boleh cakap, kenapa kerajaan tak Arahkan Tentera, kenapa tu , kenapa ini..

Jadi, orang awam, harus Percaya kepada Agung, tuanku bukan duk bersahaja, tuanku sedang memerhati, Dan tuanku Akan keluar kan arahannya nanti.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg, jadi sekarang ni tuanku tak menitahkan lagi ke Tentera ke sana?"

Abg komando, "sudah ada beberapa Arahan, cuma penempatan untuk keseluruhan Angkatan Tentera, Tuanku masih menunggu waktu untuk istiharkan darurat, kerana jika istihar darurat, maka kehidupan rakyat kat sana Akan terganggu, kehidupan makan minum mereka jadi Susah, jadi, jika masih boleh di kepung Dan di selesai kan di Kawasan yang minimum, maka darurat tak perlu nak di istiharkan..

Jangan bimbang, Tentera dah ada, abg sendiri pun kita stand by, keluar je Arahan, kami Akan bertindak.."

Aku tersenyum, "oh, gitu ya abg..mudah mudahan semuanya aman Dan selamat kat sana..Amin.." -

APABILA TERLALU BANYAK SPEKULASI DAN PERSEKSI.........JANGAN SALAHKAN RAKYAT KERANA RAKYAT PERLUKAN BERITA YANG TEPAT DAN BENAR!!


PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.