-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Mac 2013

PANAS!!! BERITA EMOSI BAYI DIDERA

PEMBACA
Tak siapa pun sanggup melihat bayi mahupun anak anak kecil didera  selagi kita boleh berfikiran waras. Dan mungkin kerana FOBIA kadang kala kita teremosi dalam isu penderaan bayi .......


Sebelum itu, kita semua sedia maklum, dalam media sosial dan blog terdapat versi versi berita yang berbeza dalam satu satu isu.......kita kena pastikan link atau sumber yang dapat menyakinkan kita untuk menerima berita tersebut.

Contohnya 

Status dan gambar ini kecoh dalam facebook .......anda lihat dan baca......

Selepas gambar ini tersiar anda boleh lihat komen komen yang diberi.....ada yang marah ,mengata dan sebagainya.........

NAMUN .....anda baca pula penjelasan yang diberikan ini........


"" Salah nurse hospital kerajaan?

Nampak gambar ini dekat Facebook dengan comment orang berbagai rakam menyalahkan nurse hospital kerajaan yang buat kerja sambil lewa. Saja I nak bagi feedback dan pandangan bagi pihak nurse yang dipersalahkan..
Anyway, I tak rasa nurse bersalah sangat. Apatah lagi “nurse hospital kerajaan”. Eh perlu ke mention hospital kerajaan? Rasanya mana-mana hospital pun, tergantung sikap dan peribadi orang bukan tergantung tempat kerja.
Untuk kes baby ini actually takdelah kes besar sangat. Cuma jarum branula (jarum yang dicucuk di kaki baby) tertanggal kerana baby lasak pusing pusing tengok la tu baby tu dah terbaring ke depan katil dia. Takpe baby lasak kan good sign. Baby lembek-lembek tu yang kita risau.
Bila orang dewasa lasak-lasak dan jarum tertanggal, mereka akan jerit, “Doctor!! darahhh!!” bagi yang mempunyai reflex takut darah, ataupun, “Doctor, jarum tercabut!!” Tetapi bila baby lasak-lasak dan jarum tertanggal, dia mana tahu apa apa? Dia teruskan berlasak sahaja.
Lagi satu, kes ini dikenalpasti pada jam 6.30 pagi. Waktu itu semua staff nurse busy sangat. Cuci lampin baby, bagi baby susu, pukul 6 pagi nak kena settlekan semua kerja sebelum pukul 7 atau 8 pagi, sebelum doctor mula bertugas. Tak percaya, cuba try call ward SCN seawal pagi cenggitu confirm tak ada orang angkat sebab masing-masing sibuk.
Bukan maksudnya nurse itu tak mahu bersihkan cord baby, cuci darah baby semua, tetapi belum buat. I percaya sangat, kalau nurse nampak baby dah berlumuran darah cenggitu, confirm nurse akan cepat-cepat cuci. Alah, nurse bukan firaun yang kejam, semua orang tak sampai hati tengok baby cenggitu kan? Cuba bagi nurse buat kerja satu persatu, bayangkan nurse kena jaga almost 40-60 babies at the same time. Bukan jaga anak kita seorang sahaja. Kita jaga baby seorang dekat rumah pun dah mengeluh penat. Patutnya kita cakap terima kasih sebab tolong baby kita minum, cuci lampin dia semua.
Kenapa private hospital tak terjadi benda cenggini? Sebab baby yang ada tak sampai sepuluh kan? Boleh buat kerja sambil cubit-cubit pipi baby main agah-agah pun sempat lagi.
Lagi satu kemusykilan, seawal jam 6.30pagi, macam mana boleh ada ibu bapa yang terlepas masuk SCN? sekarang siapa yang melanggar arahan? Penjaga-pelawat tak boleh masuk ward apatah lagi ward baby seawal pagi cenggitu sebab akan mengganggu kerja nurse. Untuk kami team-team kesihatan sudah biasa tengok darah mercik sana sini sebab itu kami sediakan waktu melawat untuk ibu bapa dan penjaga. Waktu melawat itu lah waktu dimana darah ke apa benda yang korang rasa karnivor dan lemah jantung bila nampak tu kami bersihkan dan sorok dari penglihatan orang luar.
Salah sedikit sahaja sudah nak heboh sampai ke pihak-pihak atasan. Seriously tak minat dengan mentality cenggitu. Tolak ansur dan saling memahami barulah satu Malaysia!

Penulis tidak menyalahkan sesiapa dalam hal hal begini...tetapi kadang kala KITA TAK TAHU KEADAAN TERTENTU dan kita tak boleh menilai cuma berdasarkan pada satu gambar dan satu maklumat.

Dan seperti kata salah seorang pengomen diatas, biarlah disiasat perkara ini dan kita doakan yang terbaik untuk bayi ini........

SUMBER ASAL- http://www.facebook.com/ILOVEPAHANG

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.