-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 10 Mac 2013

LAILA TERSALAH PILIH.........

PEMBACA

DAH boleh digelar andalusia atau andartu. Malah boleh digelar secara langsung 'andadahtua' atau andanakdarataklaku' membuatkan Lailatom menjadi panik dan risau. Dalam kepala hotak dia takde benda lain....nak cari laki, nak cari laki, nak cari laki... 


Bukan sebab rupa paras lailatom tak kawen-kawen lagi. Kalau itengok dari sisi depan, tepi, belakang, takde yang tak kena tentang Lailatom. Dah lah tinggi lampai, putih gebu pulok tu. Hidung pulok bolehlah diketegorikan mancung lah jugak. Tapi pilihan hati dia mustilah yang menepati citarasanya...mustilah kacak, penampilan menarik... Sesuai dengan dirinya... Setiap kali diutarakan soklan bila nak kawen Lailatom mulai rimas. Dia akan lari atau terus tukar tajuk perbualan. Sebab tu lah Lailatom selalu elak untuk ke kenduri kendara sebab malas nak jumpa dengan tukang penyoal tentang jodoh. Bukannya dia tak nak kawen... Hari-hari dia berangan nak kawen..

'Laila, dah besar panjang kau ni. Semakin cantiklah tapi kau ni semakin menjadi anak dara dah nak tualah' kata makcik Jijah mak Lailatom... 

'Aku ni sebelum pejam mata ni nak tengok kau kawen, dapat aku pegang cucu aku. Takde lain aku mintak...tu je. Nak aku mati terbukak mata??' ayat maknya kali ini membuatkan dia rasa nak kawen..

Lailatom dah takde pilihan.. Dia terpaksa mengangguk dan akur dengan kehendak maknya, dengan syarat maknya yang mencarikan dia jodoh.. Nak harapkan dia yang sangat pemilih tu memang sampai bila-bilalah dia tak kawen-kawen.. Kawan-kawan sebayanya anak dah besar pun. 

'Satu je mak, orang taknak yang botak.' beritahu Lailatom. Maknya mengangguk faham. Suka betul mak Lailatom bila Lailatom setuju kawen. Terus dia jumpa macth maker yang juga merupakan saudara sepupu sepapat sendiri.

'Mak pastikan dia tak botak taw mak...' Lailatom mengingatkan maknya..

Berkumandanglah lagu 'Selamat Pengantin Baru' dihari persandingan. Ramai lah saudara mara yang hadir. Masa makan beradab, pengantin diminta bangun. Lailatom bangun dulu, manakala pengantin lelaki sedang berbisik dengan pengapit. Triba-triba dirinya hilang pertimbangan dah nak tumbang. Lailatom terpegang kepala pengantin lelaki lalu mengakibatkan tanjaknya terjatuh, bukan saja tanjaknya yang jatuh, malahan dengan rambut-rambutnya sekali gos..

Lailatom terkejut dan tergamam. Dia pandang maknya. Mahu saja dia menjerit.. "Kan orang dak kata orang TAKNAK YANG BOTAK!"

'Hehehe lepas ni abang pegi buat rawatan Yunnam Hair Care lah ye...' Pengantin lelaki tersengih bila lihat Lailatom terkejut.

Lailatom diam, kelu....terkedu... Dah lah malu, pastu paling dia takut dapat laki botak yang berambut palsu... Lailatom terus pengsan... Entah berapa lama Lailatom pengsan sebab ramai jemputan dah beransur balik... Nak buat macam mana, dia dah nikah dengan suaminya pun... 

Hehehe Lailatom kawen abang botak...!

Moral dari cerita ini... Jangan terlalu memilih hingga memudaratkan diri sendiri....


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.