-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 11 Mac 2013

KISAH SI PENJUAL BURGER TERANIAYA!

PEMBACA
Tak sangka ada juga orang aniaya mereka mereka yang mencari rezeki halal menjual burger.....Sedih dan malu.



Dah lama tak makan burger......teringin Shima penulis lalu mencari satu gerai burger tepi jalan yang peniaganya seorang suami muda...seorang isteri dan seorang anak kecil dalam buaian

"Burger daging double bungkus satu....tak mo Mayonis !".

" Okay bang...duduk dulu".

Gembira melihat pasangan ini gigih mencari rezeki dimalam hari...walaupun agak terkejut kerana biasanya yang menjual burger tepi jalan ni anak muda.

" Macam mana bisnes ok?...". Penulis mula berbicara

"Alhamdulillah....bolehlah bang buat belanja sikit sikit..." Jawap suami tadi

" Memang jual burger aje ke....tak ada kerja lain". Penulis dah berlagak wartawan hahaha.

" Saya keje bengkel bang...malam aja jual burger ni..." Tersentak penulis dengan jawapan si suami muda tadi...rajin sungguh dia! Tak macam penulis yang siang aja kerja ...malam merayau.

" Bang...bungkus burger special 30 puluh...sejam lagi saya ambil". Datang dua anak muda dengan motor triba triba untuk menambah rezeki pasangan ini.

" Err...boleh letak deposit tak dik... " Tanya isteri suami tadi yang tadi cuma sibuk membantu tidak berkata.

" Ala kak...macam tak percaya pula....lagipun kami kerja pasang bendera kat kawasan sini...bos cuma suruh order dulu....nanti kami bayarlah". Jawab anak muda tadi yang penulis nampak mereka ni petugas parti yang memasang bendera .

" Tak bolehlah dik...maafkan akak...." Jawab isteri tadi serius dan dua anak muda tadi berlalu dengan wajah masam.

" Susah bang...inilah cabaran dan dugaan penjual burger macam kami..." Suami muda tadi berkata sambil memandang penulis yang seakan pelik dengan kejadian itu.

" Betul tu...buatnya tak ambil burger tu boleh rugi kamu" . Penulis mula terfikir kesannya.

" Kami dah selalu kena...ada malam tuu....datang satu pemuda dengan kereta mewah...dia order burger 150 biji....mulanya dia tunggu dalam kereta....tak sampai 10 minit dia bergerak pergi tanpa kata pesan apa apa....tunggu punya tunggu pemuda tu tak datang!  rugi besar malam tu ....".Cerita suami tadi.

" Kalau setakat 2 biji kami boleh la buat dulu bang...fahamlah jual burger ni bukan banyak sangat untungnya...nak pulak gerai burger bercambah tepi jalan..." Isterinya pula berkata.

" Biar kamu keras dan nampak kasar sikit dengan pelanggan ...dari rugi...banyak ke kes tipu macam ni..." Tanya Penulis minat nak tahu

" Adatlah bang...benda macam ni kita tak boleh tamak...kalau tamak itulah jadi RUGI .....hahaha......." Kata suami tadi dengan ayat penuh bermakna!

.......Balik dari gerai burger tadi penulis berfikir dalam sedih...Cabaran dalam mencari rezeki ini kadangkala zalim! Tapi Allah tidak pernah zalim jika kita sabar dan tak putus semangat.......BUKTINYA

Kisah ini terjadi setahun yang lalu...dan gerai burger yang penulis ceritakan diatas itu bukan lari bertaraf gerai...sudah menjadi KEDAI BURGER...dan tidak cuma menjual burger saja...tapi juga ada makanan lain ......setiap malam kedai burger ini sibuk dengan pelanggan....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.