-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 25 Mac 2013

KERANA LONGKANG SANGGUP BERPARANG

PEMBACA
" Ko beraniiiiiiiiii......ko buat ........"Itulah AMARAN DAN AMUKAN Mat Piah sambil memegang parang yang menyebabkan pekerja indon terjatuh dalam longkang kerana terkejut, enjin Beckho triba triba mati sendiri juga kerana terkejut......kontraktor yang didalam keretanya terus memecut lari bukan terkejut tapi TAKUTT!!



Itulah yang berlaku 2 tahun lalu yang penulis masih ingat bila kontaktor yang juga rakan penulis merungut sambil menggaru telinganya.....

" Tak apalah!! Kalau Mat Piah tak benarkan alur longkang tu masuk ke ladang dia, ko pindahkan ke dalam ladang aku...."

" Aku kalau boleh tak nak susahkan ko Man, tapi nak sambung ke jalan depan tu memang kos lain...budget kali kecil aja...setakat longkang tepi tu aja leh buat ....." Katanya.

" Ala....tak apalah! Elok juga ko buat longkang kat jalan tu...selalu lecah dan becak kalau hujan air bertakung...". Penulis menteramkan keadaan.

" Tapi tak jejaskan pokok sawit ko ke nanti, macam kata Mat Piah tu ...matila pokok sawit kalau semua air dihala ke tempatnya..."

Penulis TERDIAM SEBENTAR....Tapi bila teringat kata kata Abah..." BUAT BAIK DENGAN MANUSIA KITA TAK RUGI LEBIH LEBIH LAGI BILA BERSEDEKAH UNTUK JALAN DAN LALUAN ORANG...KITA AKAN UNTUNG.......Penulis kuatkan semangat .....

" Tak apaaaa...aku tanggung ,lagipun bukan selalu hujan punn..."

Kini sudah 2 tahun longkang YANG MENJADI ISU ITU BERJASA PADA lori dan motor motor yang lalu, tiada lagi becak dan air bertakung disitu....

LEBIH MEMBANGGAKAN IALAH......PENULIS bersyukur kerana kata kata abah memang benar.....KITA TIDAK RUGI MALAH UNTUNG....sebab...

Dari air longkang yang disalurkan kedalam ladang penulis, ianya kadang kala melimpah jika hujan lebat dan melibatkan 3 lorong yang ada lebih 50 pokok sawit...memang keadaannya becak dan licin......tapiiiii

BUAH SAWITNYA BANYAK.....!! HASILNYA tak pernah kurang 1 TAN sebulan cuma untuk 3 lorong itu saja..... air dari longkang ini memang LAIN....RASANYA MUNGKIN BAJA BAJA DARI LADANG DIATAS MENGALIR TERUS KESINI....Dan jangan tidak percaya penulis tidak pernah membaja pun di 3 lorong ini .....

Meracun pun baru petang tadi....itupun sebab racun ada terlebih ...racunlah sikit sikit rumput yang menghijau disitu......

RUGI MAT PIAH!! Rasa masin aja mulut nak BERITAHU MAT PIAH yang selalu bertanya....KENAPA BUAH SAWIT KO BANYAK?? Biarlah penulis simpan ada hikmah DISEBALIK KEJADIAN ......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.