-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 21 Mac 2013

BOLEH CAYA KE RAHIM TAMBY CHIK NI?

PEMBACA
INI yang penulis terbaca dalam Agenda Daily tentang CERPIN PENDEK yang dikarang oleh bekas ketua Menteri Melaka yang nampak makin muda - Rahim Tamby Chik........




Ini Salinan yang penulis copy pastekan...........

 Lama tak dengar cerita trio Datuk T yang dedah video seks China Doll 99.9 peratus tulin.Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.
Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.
Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.
“Hanya tandatangan akuan bersumpah yang sudah siap. Kalau dah sign, berapa saja jumlah pampasan. Tak ada angka...sebut saja berapa jumlah dan namakan akaun dalam atau luar negara,” ujar Rahim.
Bagaimanapunm Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.
Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.
“Kebenaran ini bukan untuk dijual beli. Saya nasihatkan jangan buang masa. Kami bukan seperti orang yang buat u-turn...harga diri mereka ini tidak lagi diterima pakai oleh masyarakat umum,” tegas bekas Ketua Menteri Melaka itu.
Baru-baru ini  Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar membuat u-turn mendakwa beliau diperalat untuk memfitnah Ketua Pembangkang tersebut.
Bagaimanapun, Saiful Bukhari tetap mempertahankan dakwaannya serta sumpah yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan percaya bapanya dipengaruhi supaya ‘korner baring’.
Dalam sidang media sama, Rahim membayangkan percubaan memujuk Eskay seolah-olah mendedahkan kaedah-kaedah sama pihak tertentu untuk mengubah beberapa personaliti jadi kontroversi dengan wang melimpah ruang kepada mereka.
“Bagi saya, Eskay dan Datuk Shuib Lazim kami tidak peduli semua ini. Kami konsisten untuk memastikan kebenaran tetap jadi kebenaran,” ujarnya.
Pada sidang akhbar itu Rahim menegaskan trio Datuk T sedia disaman oleh Anwar selari dengan kata-kata popularnya yang jadi sebutan ramai sekarang " You Ulang I Saman You".
“Saya nak ulang...kamu beritahu pada Anwar bahawa saya dan Datuk T ingin nyatakan beliau (Anwar) adalah orang terlibat dalam video itu. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab melakukan maksiat itu,”.
“Sekarang Anwar dah cakap, You Ulang I Saman You! Sekarang, terpulang beliau nak sama Datuk Eskay, Rahim Thamby Chik ke, kita juga nak kena saman sebab kita nak tunjuk apa yang telah kita kaji pasal forensik dan DNA yang dibuat oleh pakar dalam dan luar negara termasuk dari Amerika dan Korea Selatan supaya dapat bentang kajian secara detail dan diketahui oleh rakyat,” tegasnya.

rahim-tc1
  
Menurut Rahim, jika pertuduhan itu betul dan Anwar bersalah, beliau pula akan menyambut Anwar kerana menuduhnya dan Datuk Eskay menipu.
Beliau juga meminta kerajaan mengambil tindakan menyiasat pendedahan pembantu peguam bela Anwar dalam kes liwat, Yuktes Vijay mengenai seorang bergelar Datuk dikatakan membiayai kos perbicaraan ahli parlimen Permatang Pauh tersebut.
“Kita nak tahu siapa Datuk ini yang bertanggungjawab keluarkan banyak wang. Adakah beliau proksi Anwar atau negara tertentu yang mahu lihat negara kita kucar kacir,” jelasnya.
Sementara itu mengulas pendedahan gambar-gambar intim lelaki mirip Anwar dengan seorang lelaki lain, Rahim mengakui belum melihat aksi ‘goyang’ seperti dipaparkan di blog rajagoyang.
“Saya belum tengok. Kawan-kawan saja cerita. Kalau pendedahan itu seperti dikatakan orang dan ada imej tertentu, saya fikir rakyat ada kebijaksanaan buat keputusan. Mungkin Anwar nak ambil tindakan (saman) oran yang menyebarkannya tetapi kebenarannya, rakyat akan buat keputusan sebaik-baik,”.
“Macam kes Datuk T, saya disaman kerana sebar kebenaran tetapi kebenaran tetap kebenaran.”katanya.
Untuk rekod, hari ini 21 Mac 2013, juga genaplah dua tahun pendedahan kali pertama video seks tersebut dibuat oleh Rahim dan rakan-rakannya pada 21 Mac 2011. Untuk rekod mereka bertiga sudah didakwa kerana menayangkan video yang diketegorikan XXX itu tersebut kepada umum.
Mereka semua mengaku bersalah dan tetap mendakwa bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar dan sehingga kini, selepas dua tahun, Anwar masih belum menfailkan saman terhadap ketiga-tiga mereka.-21/3/2013 OLEH ROSLAN BIAN

LEH CAYA KE?? Ker setakat NAK MENYEDAPKAN CERITA ?? Bukti mana ?? Atau bukti AKAN DIBONGKARKAN KEMUDIAN?? Pelik pelik!!

LAGI SATU........Cer tengok semula gambar wawancara diatas, banyak betul telefon kan dan yang pasti hp tu semua canggih canggih dan boleh ambil gambar dan buat rakaman dengan gambar dan audio yang lebih jelas kan.......tapi kenapa VIDEO yang mereka sebarkan itu TARAF 70 ann?? Pelik pelik!! 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.