-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Mac 2013

AWAS!! KITA SEDANG MENGHINA AGAMA SENDIRI

PEMBACA
Sejak isu pencerobohan di Lahat Datu, banyak kita menerima pelbagai gambar dan video yang memaparkan kekejaman yang berlaku disana.Video dan gambar mangsa yang terbunuh dan dibunuh.....



Ianya sedang dikongsi secara meluas didalam media sosial seperti Facebook dan Twitter. Ada video dan gambar YANG BENAR ......tapi paling banyak ialah video dan gambar PALSU yang tiada kaitan pun dengan situasi disana.

Tapi sedarkah kita, dalam keghairahan kita berkongsi gambar dan video ini ,kita sebenarnya sedang menyebarkan satu bentuk keganasan....dan kebanyakkan video yang dipaparkan itu KONONnya melibatkan ORANG ISLAM sendiri....

Penulis bagi satu contoh.....video potong jari dan sembelih ...ianya didakwa dilakukan oleh penceroboh Sulu .....tapi itu bukan isunya yang penulis nak ulas sama ada benar atau tidak mereka yang lakukan.....tetapi....

Kesannya pada minda dan pemikiran kita apabila video itu dipaparkan secara meluas tanpa batasan dalam youtube...Kita SEBENARNYA SEDANG MEROSAKKAN AGAMA ISLAM kita sendiri secara tidak sedar.

Bayangkan yang melihat itu ialah orang bukan ISLAM......pada mereka LIHATLAH BETAPA ZALIMNYA ORANG ISLAM!! Dan......KITA YANG SEBARKAN KEZALIMAN ITU UNTUK TONTONAN UMUM....

Bayangkan pula anak anak kita yang terlihat video itu dalam youtube....sedikit sedikit kita sedang mencorak keganasan pada pemikiran anak anak.....

Seperkara lagi...gambar gambar mangsa yang terkorban termasuk wira wira kita.....pernahkah kita bayangkan apa perasaan keluarga mangsa apabila gambar arwah anak mereka menjadi bahan tontonan umum? 

Kita pun tahu...setiap mayat itu perlu ditutup rupa dan anggota badannya dan cuma yang berkenaan saja dibenarkan melihat ...tetapi KINI KITA PULA telanjangkan mayat tersebut untuk tontonan umum.....

Pada pendapat penulis, tak salah jika kita nak paparkan tapi lebih elok dan manis kita KABURkan bahagian bahagian tertentu seperti wajah sebagai tanda kita hormati arwah ....

Mungkin ada yang tidak setuju kerana berpendapat, ini semua untuk membuktikan berlakunya KEKEJAMAN dan memberi kesedaran....TETAPI bukankah POLIS sendiri mengakui bahawa VIDEO DAN GAMBAR yang dipaparkan adalah PALSU....

Dan bagaimana pula jika DIDAPATI VIDEO dan gambar gambar yang dipaparkan itu BUKAN ORANG ISLAM yang lakukan?? Perilaku itu dilakukan oleh musuh musuh ISLAM dengan  mengambil kesempatan dan peluang apa yang berlaku di lahat Datu untuk mencemar dan menghina agama kita??  

Kemudian kita pula menyebarkan rancangan JAHAT MEREKA.....

1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.