-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 8 Februari 2013

USTAZ NASHARUDIN DAN HASSAN ALI.....AWAS!

PEMBACA
Sengaja nak ulas isu ini......walaupun penulis tidak boleh berpihak pada mana mana tapi dalam perbualan ini ada juga logik dan boleh diambil kira untuk PAS mempertahankan diri jika benar HASSAN ALI DAN NASHARUDDIN MAT ISA ramai  penyokong  sekarang.......


Ini adalah antara apa yang dibincangkan tadi  dalam sebuah meja kopi sementara menanti hujan berenti....yang tidak hanya melibatkan penyokong PAS tetapi juga orang kuat UMNO sendiri......

Penulis buat dalam bentuk perbualan untuk lebih kita rasa mesra alam .....kerana dikawasan penulis dalam berpolitik kami tidak sampai BERTENGKAR DAN BERTUMBUK......MALAH ....orang Umno bayar air yang diminum oleh orang Pas dan orang PAS bayar air yang diminum oleh orang UMNO....KITA BERBEZA PENDAPAT DAN FIKIRAN TAPI TIDAK DALAM TALIAN PERSAUDARAAN DAN PERSAHABATAN!! 

Ianya bermula apabila ada usik usik ala sindir sindir orang kuat UMNO....katanya...

" Pas makin tersedak dah sekarang ni...dulu Hassan ALi sorang ,kini Nasharudin pula lawan semula....esok lusa entah  Azizan pula.....apa cerita ni kawan".....

" Tak ada masalah pun......!! Sebab mereka cuma berdua "...

" Wahh!! Yakin betul kooo...tapi sedikit sebanyak TERJEJAS JUGA tahap sokongan penyokong PAS kerana Hassan ALi dan Nasharudin pun ramai pengikut nya..."

" Beginilah....pada aku....dalam sebuah parti politik...pemimpin adalah orang yang dipilih oleh ahli , dan JIKA MEREKA DAKWA MEREKA KUAT DAN ADA PENYOKONG, DALAM MUKTAMAR NANTI MASUKLAH BERTANDING....LAWANLAH PRESIDEN PAS SENDIRI ...BUKTIKAN KAMU MASIH ADA PENGARUH! JIKA MENANG DAN MENJADI PEMIMPIN PAS, UBAHLAH CORAK PENTADBIRAN PARTI seperti yang didakwa menyimpang....
Tapi jika KALAH.......insafilah diri dan terimalah hakikat kerana PEMIMPIN DIPILIH OLEH JUTAAN AHLI ......tak semua ahli itu bodoh dan mudah dibeli ......"

" Tapi nak ke mereka bertanding? Dan Pas benarkan ke mereka bertanding"...

" Mereka masih ahli PAS dan layak untuk bertanding...Kalau cakap saja masih ada penyokong dan nak BETULKAN PIMPINAN PAS....beranilah sahut cabaran ini......."
  
"Eh!...Lama betul aku tak nampak  Mat Liee"......Perbualan terhenti kerana tajuk triba triba berubah apabila orang kuat UMNO ini ternampak kelibat seseorang yang dikenalinya lalu dengan motor........

" Apalah Mat Liee tuu, kesian aku tengok anak bini dia...asyik berjudi aja siang malam,dapat duit habis....dapat duit habis...nerakalah tempatnya nanti". Kata penyokong Pas ini pula sambil membetulkan kopiah dan hirup air kopi ....

" Jangan cakap macam tu Haji...Kita tak tahu masa depan dia macam mana....Takdir  Allah kita tak tahu...macam sorang kawan dikampung aku....masa muda bukan main samseng! Minum ,judi arak perempuan semua dia belasah......tapi bila sampai masanya ALLAH NAK TUNJUK......dia jadi Lebai masjid dan meninggal dalam SUJUD semasa sembahyang Jumaat...! Kata orang kuat UMNO lagi yang juga seorang ustaz hingga penyokong Pas tadi tunduk tanda setuju.....

FIKIR .........
PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.