-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 23 Februari 2013

SATU HELANG SATU LAGI AYAM

PEMBACA
Selepas siap urusan diperladangan petang tadi, penulis menuju kerumah seorang kawan untuk melihat baka ayam kampung ....sampai saja di reban ayam beliau penulis terlihat SUATU KEADAAN YANG PELIK.....

"eH!! Itu burung Helang kan? Camne leh duduk situ...habis ayam ko karangg" Soal penulis terkejut.
"Hahaha.......memang situlah tempat burung helang tu dari kecil....aku bela!". 
" Wah!! Ni satu penemuan menarik ni....cer crita"
"Aku terjumpa telur burung helang ni kat ladang sawit, dari 4 biji cuma satu aje yang menetas...aku pun tak tau telur burung apa masa tuu....aku bawa balik dan aku letakkan sekali kat ibu ayam yang mengeram......"
"Abis tu dia tak makan ke anak ayam ko..."
"Nak makan apanya, suruh terbang pun tak pandai pandai hahaha......" 
"Pulok dah!! Ok juga ada helang ,nanti boleh kacukkan jadi.....HEYAM tak pun Yamlang....hahahaha" Kata penulis mengusik.....
"Dah! Kata nak tengok benih tadiii........" Perbualan dan kisah helang bersama ayam kampung terhenti setakat itu hinggalah.......

Kini penulis terfikir.......Setiap anak yang dididik mesti ikut pendidiknya dan tak mustahil jika anak helang tadi tidak tahu makan daging dan terbang walau naluri asalnya tidak begitu.....

AKAN TETAPI tidak selamanya ia begitu....kerana sampai masa helang itu pasti kembali ke habitat asalnya bila dewasa.......dan kita juga mesti kembali ke asalnya ........errr.....DAH SOLAT??

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.