-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 10 Februari 2013

SALAH FAHAM dan KURANG FAHAM

PEMBACA

Petang Tulat.....
" Atuk...dah makan ubat belum". Kata Isteri pada Atuk yang tinggal bersama  sejak dia diserang demam tak kebah.
Atuk  pun pergi kedapur dan makan ubat.
Petang Lusa.
"Atuk ....jangan lupa makan ubat" .Pesan Nur Huda lagi
Atuk  pun pergi kedapur dan makan ubat.


Petang semalam...
"Dah makan ubat lum atuk".....
Atuk  pun pergi kedapur dan makan ubat.
Petang tadi
" Dah petang ni...jangan lupa makan ubat".
Atuk  pun pergi kedapur dan makan ubat.
Malamnya Suami pulang bawa Mee sup.
"Nurr Hudaa!!! Mana pergi semua sudu, tinggal garpu aja ni..."
"Nur pun peliklah baba...semenjak dua menjak ni sudu kita asyik hilang ajeeee...."
"Pulok dah!! Siapa pula yang curi sudu nii...". Kata suami sambil telan air liur nak makan Mee sup tak boleh tanpa sudu.

" ATUK AMBIL ....lupa nak letak balikk..." Jawab Atuk sambil letak segenggam sudu diatas meja.

" Laaa...kenapa atuk ambil semua sudu niii...." Tanya suami hairan dan pelik....

"NI......" Atuk tunjukkan plastik ubat yang tertulis.....

"AMBIL 2 SUDU SELEPAS MAKAN".........

Jom berguyang guyang!! 


PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.