-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 Februari 2013

NOTIS PENTING - YANG LALAI DAN CUAI TU KITA

PEMBACA

Samada kita sedari atau tidak, ada kala kita pasti lalai dan cuai dan disebabkan kelemahan itulah kita SERING TERKENA .......Lihat adegan ini semoga kita sama sama beringat sementara masih hidup.....kalau dah mati tak guna lagi...tahan ajelah kena pukul dengan malaikat hahaha....

Penulis rasa kita selalu terlibat dalam situasi dibawah ini dan dan penulis juga akui MENGALAMINYA hinggalah pada satu masa penulis TERSEDAR....dan penulis cuba kongsikan untuk pedoman kita bersama.....

Begini......

Semalam penulis dan keluarga bersiar siar disebuah pasaraya sempena cuti raya Cina ni...ditakdirkan diluar pasaraya terkenal itu ada pameran barangan dapur termasuk alat alat soleknya seperti pisau,periuk dan sebagainya....

Dan cam biasalah bila ada barangan dapur ni +Editor Nur Camelia Huda mulalah buat muka SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI kalau tak pergi tengok...Tertinjau tinjaulah juga disekitar pameran itu...tengok sana......tengok sini....

HATI JADI TERTARIK .....Sebab apa?? Setiap ruang pameran yang disinggahi itu...ada demontrasi ditunjukkan tentang BAGUSNYA barang yang dijual...satu contoh....

Ada sejenis pisau yang dikatakan amat canggih, nak potong bawang, mata tak berair walau diletakkan mata dekat dengan bawang...potongan akan jadi lebih cantik,lurus dan dapat dibentuk nak potong halus ke kasar ke dan memang boleh dibuat potong memacam ...cuma potong kayu aje tak lehh!! Memang canggih pisau tu,sampai tak perlu diasah sebab sentiasa tajam...Menarik bukan....? Dah pasang niat nak beli...tengok contoh ke dua..

Periuk yang serba boleh...boleh masak,kukus dan goreng...nasib baik basuh baju tak lehh...fuhh!! Hampir tercabut cermin mata +Editor Nur Camelia Huda tengok periuk ni..Dia niat nak beli...

Oleh kerana pisau yang dilihat tadi ditawarkan pada harga RM99/= dan percuma 1 pisau...dan dicampur dengan periuk canggih tu RM299/= percuma kuali kecil...penulis kata ..."Kita masuk dalam pasaraya dululah ambil duit...mana ada cash DEKAT empat ratus !

Memang dah janji dan niat dalam hati, selepas ambil duit dan nak keluar balik karang singgah situ BELI.....Oleh kerana masa masih awal dan belumpun jalan jalan dalam pasaraya itu kami pun bergeraklah hingga ke tingkat atas.....

Semasa ditingkat atas termasuklah satu kedai yang juga menjual barangan dapur......disatu sudut terjumpalah PISAU DAN PERIUK YANG SAMA JENIS yang dijual dalam pameran tadi......FUHHH!! Penulis tunjukkan pada +Editor Nur Camelia Huda 

" You tengok!! Nasib baik tak beli...." PISAU dan periuk yang sama TAPI HARGANYA LAIN....yang dipegang penulis.....CUMA RM29.90 siap percuma pisau kecil dan periuk tadi cuma RM109.00 juga dapat kuali kecil.....HUH!!

BAYANGKAN....Jika penulis terus  beli saja tadi berapa kerugiannya!! Semuanya sebab KITA LALAI DAN MUDAH TERLEKA apabila melihat sesuatu yang DAPAT MENARIK PERHATIAN KITA......

Kongsikan.......
PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.