-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 12 Februari 2013

MEMILUKAN -Kini DOA Selamat sudah tidak SELAMAT

PEMBACA

Saksikanlah adegan dibawah dan fikirlah ...inilah yang sedang menular dan berlaku pada masyarakat kita didalam era PEMODENAN ISLAM...

" You jangan lupa invite our pren pren kita dalam majlis i tu nantii..."
"Sure! Berapa haribulan Sue? I nak tempah pakaian lahh".
" Minggu depan! 18hb ni, i buat tema MERAH ...anyway you taulah citarasa i "
" Ok keyy....nanti i war war majlis birh u tu...gian lama tak berparti hahaha"

"Papa... Mama...minggu depan Sue nak buat majlis sikit pada harijadi Sue"
"Papa pun dah hampir lupa harijadi Sue...nak buat grand ke biasa..."
"Ala kecil dah la Pa..jemput kawan kawan rapat aja..."
" Dah alang alang...kita buatkan sekali dengan majlis Mama...camnee"
" Tak mau lah Mama...buat untuk Sue sajalah...seganlah kita yang tua ni nak join "

"Mas...Anim  nak jemput Mas  malam lusa ada kenduri doa selamat sikit".
" Ehh!! Malam lusa Anim? Ala.....anak i pun ada buat majlis harijadi..." 
"Samalah...Anim pun nak buat majlis harijadi juga untuk anak, boleh kita sekalikan,lagipun dah berjiran ni...apa salahnya"
"Eh!! Takut anak i tak nak pula...Fahamlah anak i si Sue tu lain sikit..."
" Tak apalah kalau macam tuu...tapi rasa macam tak seronok plak kan rumah sebelah menyebelah ada 2 majlis...oklah Anim nak pergi jumpa Leman minta dia jemput orang surau ....Mas ada jemput orang surau tak" 
"Tak! Kami buat untuk kawan kawan Sue saja, kecilan aja..."

"Alamak Papa, Mama dapat berita jiran kita Anim pun buat majlis doa selamat malam yang sama dengan majlis Sue...macam mana ni Papa".
" Hantu sungguhla...inilah jiran tak sepakat".
" Eleh...macamlah u tu jiran yang baik...harap nama saja sama dengan jiran...En. Latif tegur suami Anim pun tidak..."
" Kesitu pula mama niii...abis tu macam mana, cakap kat Sue tunda sajalah..."
"Dah cakap...Sue tak nak...tapi sakit hati jugak la bang...anim macam perli perli kita nak buat parti harijadi, sedangkan harijadi anak dia dia buat doa selamat..."
"Elehhh...BUAT DOA SELAMAT PUN BELUM TENTU SELAMAT DI AKHIRAT ..."


MAKA MALAM 18HB itu terjadilah 2 majlis di TAMAN Desa tersebut...Majlis yang sama iaitu harijadi tapi.....satu majlis ala Parti dan satu lagi majlis Doa selamat....keduanya  adalah anjuran  orang Islam....cuma cara berbeza!  

Imam surau yang terlewat sampai hampir terlucut sarbannya apabila tersilap masuk rumah orang tua Sue...anak muda dan gadis riang ria berpakaian kurang kain hampir terlondeh kain apabila melihat Sue buat majlis doa selamat...bukannya Parti ..nasib baik mereka sedar mereka tersilap rumah..... 

Oleh kerana rumah kedua jiran itu  berkongsi dinding, Setiap kali doa dibaca......yang didengari oleh ahli jemaah surau ialah  muzik rancak dan tawa riang ria dari rumah sebelah.....

En. Latif yang kebetulan pulang lewat malam itu....terpaksa menyembunyikan diri dalam kereta kerana malu nak masuk kerumah sendiri...rumah yang anaknya anjurkan parti...En. Latif malu pada jirannya yang buat doa selamat........
tapi EN. LATIF TIDAK MALU PADA ALLAH......... 

PENAJA Artikel ....Sila Klik



1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.