-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 15 Februari 2013

MEMALUKAN! NILAI RM10 CUMA UNTUK ALLAH........

PEMBACA

RUGI TAK BACA ......!!

Kisah ni mungkin dapat memberikan kita sedikit pengajaran, ianya diceritakan sendiri oleh seorang imam kepada penulis .....



Kisah ini terjadi secara spontan ,apabila kami sedang minum pagi beberapa orang pelanggan..triba triba muncul seseorang yang agak berumur...dia bergerak dari satu meja ke satu meja menghulurkan sekeping kertas .....

Bila sampai dimeja penulis...tahulah penulis...sekeping kertas yang memohon derma ,penulis ,Imam tadi dan beberapa rakan mula menghulurkan derma setakat kemampuan. Seseorang itu cuma tersenyum dan mengucapkan ribuan terima kasih...

Malangnya kelihatan cuma dimeja penulis duduk saja yang menderma, dimeja lain semua buat tak tahu...walaupun JIKA DILIHAT WAJAH MEREKA YANG ADA WAJAH TUA DAN MUDA...TIDAK MENYERUPAI WAJAH CINA,INDIA MAHUPUN INGGERIS...dan penulis yakin semunya UMAT ISLAM....termasuk tuan kedai sendiri...tak apalah! Derma itu hak peribadi masing masing dan tiada siapa boleh paksa....

Setelah Seseorang itu beredar...hampiri seorang rakan dan berkata pada Tok Imam...

"Kawan bukan tak mo derma Imam...tapi kurang yakin dengan kertas tu...entah entah duit derma kita tu diseleweng kan ke tempat lainn..." 

Mata kami semua tertumpu pada imam...mungkin benar juga alasan rakan ini...

" Isu dia nak seleweng tu URUSAN DIA DENGAN ALLAH...Kita dah tunaikan kewajipan kita....lagipun mana kita tahu entah yang datang itu Malaikat untuk menguji keikhlasan kita..." Jawab Imam dengan tenang dan yakin...rakan tadi tertunduk dan terpaksa duduk untuk cover malu agaknya...

"Ada kisah yang boleh kita kongsikan...begini....." Imam meneruskan katanya

Ada seorang hamba Allah ni ...SEDANG dia duduk duduk diberanda rumahnya sambil membelek belek beg duit, datang 2 orang anak muda lalu anak muda ini hulurkan kertas mohon derma UNTUK PEMBINAAN MASJID DIKELANTAN......hamba Allah ini marah dan berkata...

" Korang ni tak ada kerja lain keee...datang minta derma bawa kertas macam niii...dah tu jauh pulakkk, kat Kelantan tu nak buat masjid...macamlah aku boleh sembahyang kat sana...KORANG INGAT DEKAT JOHOR DENGAN KELANTAN?" 

Kedua anak muda itu tersentak! Dah la tak dapat kutip derma KENA MARAH pula...mereka pun berlalu tapi tertinggal beberapa keping kertas MOHON DERMA...hamba Allah itu ambil beberapa keping kertas yang tertinggal itu dan dibelek belek lagi...Triba triba

" Kertas apa tu bang....siapa datang tadiii....." Isterinya muncul dari belakang...dengan kadar segera dan untuk mengelakkan KERTAS DERMA ITU DAPAT DILIHAT OLEH ISTERINYA, hamba Allah itu lipat dan simpan dalam beg duitnya sambil berdiri.....

"Alaaaaaaa.....bebudak nak offer pinjaman bank...." Jawab hamba Allah itu lalu beredar masuk kedalam rumah ......Dipendekkan cerita 5 tahun selepas kejadian itu

Anak lelaki hamba Allah ini mendapat jodoh di Kelantan dan segeralah mereka sekeluarga termasuk saudara mara ke Kelantan untuk melengkapkan proses perkahwinan anak lelakinya....

Majlis Nikah diadakan dimasjid selepas Asar, jadi tibalah rombongan keluarga pengantin lelaki di masjid tersebut sebelum asar......Apabila masuk saja  kedalam kawasan Masjid itu...hamba Allah ini rasakan sesuatu.......Badannya triba triba berpeluh walau cuaca petang itu redup ...

Hamba Allah ini lihat sekeliling masjid, dia merasa SEPERTI ADA SESUATU ......segera dia menuju ke depan Masjid tanpa menghiraukan rombongan pengantin lagi.....Hamba Allah ini melihat dan membaca TULISAN.........MASJID AL- RAHMAN ....Wakaf Tok Nik Kelantan.....Dia teringat........

Perlahan dia buka semula dompet duitnya ,dikeluarkan kertas yang diterimanya 5 TAHUN LALU yang dia sendiri terlupa kertas itu masih ada dalam dompetnya.....

Tertulis....
"
Pungutan derma PEMBINAAN MASJID AL-RAHMAN Wakaf Tok Nik Kelantan......MATANYA BERAIR......INILAH BALASAN ALLAH YANG DIA SENDIRI TAK SANGKA........."

Imam menamatkan ceritanya......Penulis pula terasa AMAT RUGI......menyesal derma RM10 tadi.......

" Sedih la imam kisah ni...nyesal pulak AKU DERMA RM5 TADI..." Kawan penulis triba triba bersuara.....

" TAK APA.....NILAI RM5 itu kadang kala LEBIH TINGGI DAN BERKAT NILAINYA DARI NILAI RM100,000 ......." Imam bersuara kembali.

" TAK FAHAM......camne lak tu Imam?? " Soal penulis lagi kerana kurang faham

" Iyelah! kalau dah DERMA LEPAS TU AMBIL GAMBAR PEGANG CEK MANA DATANG IKHLAS DAN BERKATNYA.........Hahaha" Imam ketawa dan penulis pun turut ketawa tapi TERASA.......
PENAJA Artikel ....Sila Klik


3 Mesej diterima:

Pengajaran yg amat berguna.tak rugi.pahala derma tetap dpt.walau pun.dia saorg penipu..tak miskin nya kita walau pun 10 rial..kdg2 kesian kebudak budak minta derma kat RnR.

Pengajaran yg amat berguna.tak rugi.pahala derma tetap dpt.walau pun.dia saorg penipu..tak miskin nya kita walau pun 10 rial..kdg2 kesian kebudak budak minta derma kat RnR.

Tq Zulkefly Awang ....pasal lak tak leh nak reply

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.