-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 22 Februari 2013

DRAMA KANTOI FIZZ FAIRUZ

PEMBACA
Memang gempar dan gempak drama PERTUNANGAN Fizz Fairuz ini hingga timbul pelbagai andaian dan ramalan hingga tenggelam drama keluarga ND Lala waktu ini....

Kita ikuti secara ringkas slot drama ni.....

Dipetik dari BERITA HARIAN .......tapi lepas baca kisah ni kita bolehlah tukar BERITA HARIAN jadi BERITA HAIRAN!! 

Fizz Fairuz MULANYA  bercinta dengan Almy Nadia, triba triba bertunang dengan Azlyn Massiela ........kemudian isu ni jadi hangat.........bila Fizz dakwa dia KENA SIHIR DAN MENDAPATI TUNANGNYA ISTERI ORANG.......

Tunangnya Azlyn mendakwa Fizz berbohong dan cuba menjatuhkan maruah keluarga, Azlyn berkata dia belum berkahwin......

DIRANCAK KAN LAGI.......Pengakuan dari insan yang bernama RAMLI mendakwa tunang Azlyn ialah ISTERI BELIAU dan ini menguatkan lagi tuduhan Fizz Fairuz itu....

Itu plot kisah mereka yang terhenti setakat ini.........JADI dimana penamat kisah ini? Pada Fizz atau Azlyn atau Ramli?? Siapa yang diantara mereka memegang AYAT PENAMAT  atau dapat melengkapkan drama ini?

JAWAPNYA CUMA PADA RAMLI........Sebab dia mendakwa mempunyai bukti .......Anda baca sepintas lalu kenyataan si Ramli ini.......
..........................
Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.

Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Lelaki itu turut menukar kenyataannya, yang isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.
Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.

Minta diberi tempoh seminggu

Sementara itu, melalui laporan eksklusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya untuk membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.

Enggan mendedahkan identiti, dia mendakwa bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun, namun hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.

Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.

Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti.

TAPI APA YANG MENARIK UNTUK DIULAS IALAH PERSOALAN BERIKUT 

.......Kenapa seminggu kalau dia kata tak mahu memanjangkan isu ini?? Sebabnya bukti semua ada pada dia.

hairan betul drama ni.......... 

PENAJA Artikel ....Sila Klik

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.