-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 13 Februari 2013

Ditindas dan ditindan..

PEMBACA

LAIN orang lain rasanya, lain penerimaannya, lain kefahamannya, lain sangkaannya, lain fikirannya. Tutur kata, tingkah laku kita perlulah dijaga agar setiap kata-kata kita, setiap perbuatan kita tidak disalah ertikan atau disalah sangkakan oleh orang lain.. Kadang-kadang pada kita itu cuma perkara remeh, tapi bagi orang lain ianya satu perkara yang besar sehingga menyinggung perasaan dan hati orang lain.. Omputeh cakap..'take heart'


Kisah ini berlaku di pejabat saya sendiri.. Cuma kami di dalam department yang lain... Tak sangka sahabat saya yang saya nampak lemah lembut itu rupa-rupanya boleh tahan garangnya.. Hehehe

Lisa.. Pernah menceritakan kepada saya yang kerja nya semakin menimbun.. Saya amat faham berkerja di firma guaman memang tak cukup kaki dan tangan.. Kalau boleh siku dan dagu digunakan dah tentu kami semua gunakan dah...

Kerjanya memang banyak ditambah lagi dengan kerja yang diberi seniornya. Mula-mula memang dia ikhlas menolong. Yelah orang yang datang tu pun minta tolong.. Asalnya satu, kemudian datang lagi fail.. Terima lagi, kemudian datang lagi suruh buat. 

'Dah takde perkataan minta tolong malah menjadi arahan dari senior..' cerita Lisa kepada saya.. 
'Bila aku kata aku tak sempat, senior tu buat tak tahu je.. Rasa macam diri aku ditindaslah.. Tapi aku masih boleh bersabar.. Aku diamkan diri dan siapkan semua kerja..' rungut Lisa lagi..

'Satu hari ada meeting antara pekerja.. Boss boleh ucapkan tahniah kat senior aku.. Dia siap puji lagi kat senior aku dengan hasil kerja dia.. Sedangkan yang buat semua kerja dia tu aku! Huhh!! ' cerita Lisa lagi.. Saya cuma mengangguk dan diam mendengarkan cerita Lisa..
'At least mention lah nama aku..sebab aku bantu dia.. Ini tak.. Dia buat derkk je.. Hidung makin kembang..' rungut Lisa lagi...

Kesian pulok saya dengan Lisa.. Tapi kerana tak sabar saya bertanya lagi.. Apa yang terjadi selepas itu..

'Yang buat aku panas hati... Pagi tadi aku terdengar perbualan.. Kawan senior tu cakap cenggini' ''Wah!! Best lah kau.. Dapat elaun untuk buat fail-fail tu..lepas tu dapat pujian boss lagi..'' 'Menyiraplah darah aku, mahutaknya aku yang susah payah buat kerja dia.. Dia tu senang-senang kebas duit elaun.. !' marah betul Lisa..

Saya yang mendengar pun boleh naik darah.. Inikan pula Lisa.. Ye dak?

'Habis tu ko buat apa Lisa?' tanya saya nak tahu endingnya..

'dia boleh panggil aku..nak kasik aku kerja lagi... Aku pergi jumpa dia.. Tapi aku tak amek fail-fail yang dia beri.. Aku tumbuk muka dia dua kali... Hahahahah! Lisa kelihatan puas... 

'Laaaaa.. Dah tu?' saya sangat gembira rasa macam nak bertepuk tangan je... Ahaks..

'Dah bertumbuk.. Apalagi.. Kenalah mengadap boss... Aku pun ceritakan semuanya.. Senior aku tu tundk je tak berani nak kata apa-apa... Last-last.. Dia mintak maaf kat aku.. Elaun yang dia dapat selama ni ditarik balik dan boss beri kat aku...' kata Lisa mengakhiri cerita.. 

Bagi saya perkara-perkara cenggini perlu dijelaskan terlebih dulu. Lagipun kalau orang tu yang buat kerja, dah tentu itu hak orang tu.. Takdelah makan gaji buta je. Memang banyak kes ditindas ditempat kerja. Selama ini kita sibuk dengan kempen 'gangguan seks ditempat kerja' saja. Lepas ni kena ada kempen 'penindasan ditempat kerja' pulok.. Ye dak? Hehehe..



PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.