-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 9 Februari 2013

AMBIL PERHATIAN!! SESAT YANG BAHAYA

PEMBACA
Semasa cuti raya Cina ni pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri terutama perkahwinan. Dan bila ada kenduri pastilah saudara mara dan rakan rakan akan datang untuk meraikan majlis,tapi kejadian SESAT pasti terjadi terutama yang baru pertama kali datang.....Sesat yang BAHAYA....NAK TAU? 


Kenapa penulis kata bahaya? Sebab kejadian sesat ini akan melibatkan ramai pengguna jalan raya yang lain, seperti tadi penulis hampir tersondol sebuah kereta yang ada bunga pengantin di antena keretanya yang kita faham dia mencari jalan ke rumah pengantin....tetapi aksinya sekejab beri signal ke kiri untuk ke bahu jalan ...bila kita nak memotong triba triba dia masuk semula ke atas jalan.....Kita yang dibelakang pasti terkejut!! 

Ada juga aksi sesat yang MELIBATKAN PEMANDU DEGIL, dia tetap bergerak diatas jalan sambil terkial kial melihat papan tanda....lebih bahaya ada yang sibuk menelefon ....lebih bahaya lagi triba triba dia membrek mengejut untuk masuk ke simpang ....Lagii bahaya jika golongan sesat ini bergerak secara berkumpulan....bila kenderaan didepan yang diekori oleh ahli sesat kumpulan ini membelok, semua pasti membelok terutama di hentian lampu isyarat...kerana takut tertinggal ada yang langgar lampu merah.......BUKANKAH INI MENUNJUKKAN BAHAYA? 

Untuk mengelakkan kejadian TIDAK DIINGINI BERLAKU .....penulis cadangkan 

-Apabila sesat, jangan terus bergerak atau minta isteri atau anak hubungi orang tertentu untuk bertanya tentang lokasi...adakala boleh berbalah sesama sendiri dalam kereta dan ini menjejaskan pemanduan . Berenti ditepi itu lebih baik.

-Gunakan teknologi yang ada, sekarang ni semua orang ada hp dan setiap hp ada Kamera yang boleh ambil gambar, apa salahnya diambil gambar tentang lokasi tertentu dan dihantar pada rakan yang sesat .......
"KO JUMPA TAK GAMBAR MACAM NI TADI?" 
Ambil gambar ini juga perlu terutama bila kita nak mengekori kereta rakan yang pertama kali jumpa, ramai orang INGAT ...Dapat kenal Jenis kereta dan warna pun dah boleh!! Memang betul.......tapi dalam keadaan tertentu seperti hujan , dapatkah anda kenal pasti kereta yang didepan itu kereta rakan anda tadi, hendak pula triba triba semua kenderaan didepan anda itu SAMA MODEL?? Apalah salahnya ambil gambar no plate kereta dia kalau malas nak hafal.....

- Peka dengan lokasi kedudukan anda , dan rajinlah melihat arah kilometer yang diletakkan dibahu jalan  terutama bila dilebuhraya...contohnya anda berada di KMJ203 lebuhraya PLUS menuju ke Kajang dan beritahu rakan anda yang mengekori supaya dia mudah menjangkakan  kedudukan dia dengan anda...seperti 

" Aku dah lepas KMJ210 ni...... ko ?"

" Aku baru masuk KMJ115...ko slow sikit nanti aku kejar......" 

-PALING PENTING JADILAH PEMANDU BERHEMAH dengan memberi signal untuk sebarang tujuan ...sebab memberi signal ANDA BUKAN PERLU BAYAR APA APA PUN....ingatlah! Kegagalan anda untuk bermurah hati memberi signal mungkin anda terpaksa MEMBAYAR harga yang tinggi untuk kenderaan anda...
Malah HARGA untuk NYAWA ANDA DAN KELUARGA ANDA.......

Jika anda sudi, sila komen ATAU SHARE  dan nyatakan pendapat atau apa yang ingin anda kongsikan   supaya kita dapat membantu satu sama lain ......

DIIRINGI DOA SEMOGA  ANDA SEMUA SELAMAT SAMPAI .........Amin ya Allah!! 

PENAJA Artikel ....Sila Klik


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.