-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 22 Januari 2013

Yang mana betul ni?

PEMBACA

Rokok eletronik tiba triba menjadi isu perdebatan panas didalam sebuah kedai minum. Rata rata mereka yang menghangatkan suasana dan aturcara majlis yang berlansung secara tidak sengaja tadi adalah perokok perokok tegar dan segar.

Banyak pendapat dan fakta yang diberikan ,juga banyak bantahan dan sokongan diatas AMARAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN YANG MENGHARAMKAN PENJUALAN ROKOK ELETRONIK INI....


Kata Pak Maun...salah seorang perokok tegar merangkap pengerusi Majlis kerana setiap petang Pak Maun pasti ada di dalam kedai minum ini........" Ala...kerajaan sebenarnya DIUGUT DAN DIANCAM OLEH Syarikat syarikat pengeluar rokok sebenarnya, iyolah kalau dah semua orang hisap rokok tonik tonik ni..(Merujuk nada suara Pak Maun) bangkerap la syarikat rokok ni...dan kerajaan mana ada hasil lagi...kan mereka bayar  cukai.......

"Tapi rokok ni bahaya Pak Maun...menurut kajian ada Nikotin yang bervariasi yang menyebabkan kanser..." Dibantah oleh cikgu Man sambil menyemak buku kerja sekolah muridnya.

" Huh!! Kot kalau nak dikira bahaya...minuman dalam TIN tu lagi banyak NikoTIN cikgu..." Haji Semat pula menyampuk sambil gulung rokok daun dan sesekali gulung kainnya.

" Tapiii kalau nak dibandingkan, rokok eletronik ni tidak mengeluarkan 4000 bahan beracun yang terdapat dalam rokok tulin,lagipun ianya tidak membahayakan pengguna lain yang berada berhampiran perokok eletronik ni ...dan paling penting...kawan saya , triba triba terus berenti merokok sejak menggunakan rokok eletronik ni..." Sokong pula En. Karim yang kebetulan menjual rokok eletronik secara pasaran gelap.

"Hahahaha...siap promosi lagi kamu Karim...aku tahulah kamu dulu JUAL TONIK..tapi kini dah ada peningkatan jual eleTRONIK...bak aku cuba sebatangg". Jaafar, juga seorang pelanggan tetap kedai ini cuba menambah fakta mudahan airnya dibayar ...

"Tapiiiii aku tetap suka rokok tulin lagi...macam mana buat dan rasapun...mana leh sama dengan yang ori dengan tak ori...nak kata sakit, bila bila boleh sakit, aku niii merokok dari zaman Jepun Attack Malaya hingga sekarang...anak aku 12 orang, isteri dua, cucu ada 31...tuuu ko tengok si Aziz tuu, tak merokok tapi ada anakkk??? Wak Din Papaya pula mengeluarkan hujahnya sambil memerhati kot kot AZIZ ada didalam kedai itu atau tidak....seram gakk Wak Din Papaya ni walau dia ngaku hebat haha.

"INI LAH ORANG LAKIIIIIIIII....BAIK ROKOK TRONIK KE ...ROKOK TULENG KEEE...MUDAHNYA BERENTI MEROKOK......SELESAI MASALAHHH!!! Sekali Janda KALSIAH pula bersuara yang mematikan terus tajuk hangat rokok iniii...maklumlah semua diantara pelanggan kedai ni ADA HATI PADA TUAN KEDAI MINUM NIIIIIII...

Camnee pong, kita sendiri fikir daa
Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.