-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 19 Januari 2013

MEMALUKAN- NYARIS NAK DILANGGAR KERETA

PEMBACA


Ada dua perkara  yang perlu diceritakan dahulu

Pertama - Bagi yang suka minum bersama kawan kawan tak kiralah waktu pagi petang mahupun malam, sudah menjadi kebiasaan mesti memilih restoren atau kedai makan yang lebih terbuka...maksudnya jarang sangat orang hendak melepak(minum) didalam Restoren jika restoren itu ada meja diletakkan dikaki lima. Ramai peminum tegar akan minum disitu dari minum didalam restoren kerana bila berada diluar suasananya lebih selesa sambil melihat orang lalu lalang

Tetapi jika minum bersama pasangan KEKASIH mahupun isteri dan anak anak, keadaannya amat berbeza, kita lebih suka minum didalam Restoren dari diluar....betul tak? Terutama  suami yang ada kekasih gelap....jika boleh nak cari tempat yang agak tersorok dan ditepi tandas........eh!! 

Kedua, sudah menjadi kebiasaan jika kita melihat kereta yang datang dari arah depan, mata kita akan tertumpu pada pemandu kereta....JARANG SEKALI mata kita memandang pada sebelah pemandu.....betul tak?? 

Merujuk kepada dua keadaan diatas...kisah ni berlaku petang tadi.....

Biasalahhh...selepas penat menternak diladang, penulis akan singgah minum (kata orang mengetea atau menongkat ali haha) bersama kawan kawan . Dan biasanya meja untuk kami minum secara berjemaah itu pastilah berada diluar kawasan kedai makan. Dan kebetulan meja kami duduk itu dekat sangat dengan lalulang  kereta yang keluar masuk baik dari arah depan mahupun belakang.

Disebabkan hujan yang melanda Rompin ni sejak semalam, ahli jemaah sesi  minum petang tadi  tak ramai, ada 4 orang termasuk penulis. Sedang kami leka mengumpat,pengumbil pelbagai isu semasa ....TRIBA TRIBA mata penulis tertumpu pada sebuah kereta Mercedes yang agak laju pergerakannya dari arah depan.

Sudah menjadi kebiasaan...mata terus berarah pada sebelah pemandu....penulis terkejut bila lihat wanita itu seolah olah sedang berSMS ditelefon dan matanya tertumpu pada hpnya bukan pada pemanduan.
 
              Apalagiiii!! Secara spontan dan aksi tidak disangka, penulis berkata dan  menunjukkan kearah kereta yang meluru ke arah kami..."Tepi tepii...kereta tu laju....nak langgar kitaaa"...Apa lagi...semua menggelabah dan bertempiaran lari ketepi ..

TAPI .......SETELAH KERETA ITU MAKIN HAMPIR DAN SELAMBA MEMBELOK DARI ARAH MEJA KAMI....Kami triba triba DIKETAWAKAN OLEH PEMINUM PEMINUM DIMEJA LAIN...HAMPEHHH!!!! Tak tertanggung punya malu .............

Rupanya kereta Mercedes tu steringnya sebelah KIRI.....Mana lah penulis dan kawan kawan semeja perasan...jika yang ketawa itupun duduk dimeja kami pasti mereka lari kerana dah biasa MATA KITA AKAN TUMPU PADA PEMANDU.....DAN AMAT JARANG ADA KENDERAAN STERING SEBELAH TEPIIII sekarang niiiiiiiiiiiiiiii....

 

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.