-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 15 Januari 2013

Diary Taib si pemandu teksi

PEMBACA


Penumpang: Pemuda segak
Tempat: Depan opis separa cantik
Jam: 10:15 pagi

'Nak kemana?'
'Jalan Tuanku Abdul Rahman'
'Okey'
'Dari mana tadi bang?'
'Dari Selayang, antar orang ke Gombak.'
'Oooo...'
'Segak saya tengok encik ni'
'Eh! Tak payah lan nak berencik-encik dengan saya'
'Saya memang dah biasa encik.. Errr encik tak kerja ke?'
'Saya tengah kerja lah ni..'
'Ooooo.. Patutlah tengok bawak beg James Bond tu'
'Abang teringin nak pakai ke beg tu?'
'Eh! Tak mampu lah saya'
'Jangan cakap maccam tu, dalam dunia ni semua boleh jadi'
'Jadi apa encik?'
'Jadi duit'
'Jadi duit??'
'Iye. Jadi duit'
'Macamana tu encik?'
'Saya tengok teksi abang ni lesu'
'Lesu??'
'Ha'ah lesu, takde penyeri...'
'Maksud encik macamana tu??'
'Yela, macam-macam bau yang ada. Bau ikan, bau kasut, bau rokok.. '
'Ohhh! Maafkan saya encik'
'Saya cuma beritahu je'
'Terima kasih sebab tegur'
'Cuba abang letak pewangi kereta, bukan je boleh menyelesakan penumpang tapi boleh tambah pendapatan'
'Selesakan penumpang tu saya paham tapi apa kena mengena wangi dengan tambah duit pulok?'
'Cenggini bang... Contoh macam saya naik teksi abang, saya rasa selesa. Mungkin lepas ni saya akan booking abang sebulan.'
'Ye tak ye jugak!'
'Dan mungkin saya akan promote kepada kawan-kawan saya pulok'
'A'ahkan..'
'Sebab tu saya cakap semua boleh jadi duit'
'Tak terpikir pulok saya..'
'Maaflah kalau saya terkasar bahasa tadi'
'Eh.. Takpe.. Untuk kebaikan saya jugak'
'Betul bang, saya naik sekejab je dah mula pening, macam-macam bau yang ada'
'Errrr...'
'Teksi abang dari luar nampak cantik'
'Saya baru tukar cat'
'Tapi masalahnya masuk je dalam terus saya pening'
'Sorry ye encik, saya nak beli minyak wangi pun tak berkesempatan...'
'Lepas bangunan biru tu abang belok kanan'
'Depan tu ye?'
'A'ah, lepas tu nampak kedai makan, abang berenti kat situ'
'Baik'
'Tadi abang cakap abang nak beli mintak wangi tapi tak berkesempatan kan??'
'Macam tulah lebih kurang'
'Kebetulan saya ada jual minyak wangi ni bang... Murah dan wangi. Kalau abang pakai untuk teksi abang kompom wangi sepanjang hari.. Untuk abang saya 'tolak'
RM10 je sebotol'
'CEHHHH!! Patutlaa... Salesman rupanya!!'

Editor Nur...............

Photobucket
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.