-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 8 Disember 2012

JIKA ALLAH NAK TUNJUK - SIRI 2

PEMBACA

Suasana dalam Homestay suram. Masing masing terkedu dan terdiam dengan berita kematian yang baru diterima. Isteri Sofian yang kehilangan telefon sehari sebelum bertolak kesini cuma mampu menangis ....tak sanggup dia nak hadapi semua ni...banyak dosa yang belum diampunkan lagi.

Memang ada persengketaan si isteri  dengan suaminya sebelum ini. Semuanya berpunca dari  keadaan Sofian yang dibuang kerja dan kesempitan hidup. Walaupun Sofian berusaha untuk meneruskan kelansungan hidup mereka sekeluarga, tapi kemewahan yang dirasai oleh si isteri dan anak anak sebelum ini tidak mampu merubah segalanya. Duit lebih penting dari nilai kasih sayang. Silapnya juga pada Sofian yang memanjakan mereka dengan duit dan apabila Allah tarik semula rezeki pemberiannya barulah Sofian tersedar..Kini setelah Sofian kembali pada Allah...barulah Isteri tersedar...." Duit bukanlah segalanya".

Suhaimi juga terkilan dan merasa menyesal dengan tindakannya pada abang iparnya sendiri. Kerana terlalu mengejar kemewahan..Suhaimi hilang adab dan hilang pertimbangan. Ada kala kata katanya mengguris hati abang iparnya ,ada kala dia lebih banyak menekan keadaan abang iparnya dari membantu mengurangkan beban hutang yang ditanggung Sofian. 
Kini barulah Suhaimi tersedar.....Duit bukan dapat membeli kasih sayang....semewah mana pun hidup , Allah pasti menduga dan menguji hambanya. Sayangnya sesalan itu lambat dirasai dan pastilah setelah hilang satu jasad...
"Ngah rasa....malam ni kita buat tahlil keluarga untuk arwah. Esok kita sama sama balik dan ziarah. " Zulkifli memberhentikan lamunan masing masing yang seolah olah tergamam dan cuma mampu BERSEDIH.
" Kenapa tak bertolak malam ni saja ngah? " Isteri masih menangis
" Dah pukul 9 ..kalau bertolak pun sampai sana dekat pukul 1 pagi. Jangan tergopoh gapah ..banyakkan bersedekah itu lebih dinanti oleh arwah dari air mata. ". Zulkifli menteramkan adik adiknya.Zulkifli juga mula sedar..demi menyelamatkan kedudukan politiknya, arwah Sofian terpaksa menerima akibatnya.Sofian terpaksa digunakan untuk mengelakkan dia dituduh pecah amanah dan menyalah guna peruntukan yang diterima demi kepentingan dia dan keluarganya. 

Hatinya mula risau dan cemas untuk hadapi apa yang telah terjadi...risau dengan APA PANDANGAN ORANG BILA DIA MEMBAWA KELUARGANYA MENZIARAH ARWAH ADIK IPARNYA ESOK...Apakah yang MAMPU DIKATAKAN ESOK..Seberat ini ujian dari  Allah padanya termasuk adik adiknya . 

Tetapi..akhirnya Suhaimi mulai sedar..betapa kekuasaan Allah itu lebih dari apa yang mampu kita bayangkan.....meskipun dalam kemajuan teknologi yang pantas dan mudah ini dengan kemudahan telefon...ALLAH MASIH TETAP MAMPU MENGUJI HAMBANYA. ALLAH TETAP MAMPU MENYEKAT SESUATU PERKARA JIKA ITU YANG DIA TELAH TAKDIRKAN. 
Sesungguhnya Allah sebijak bijak perancang untuk menyedarkan hambanya. 
Jika Allah hendak tunjuk......Inilah yang terjadi! 


Photobucket 
JADI AGEN INTERNET PERCUMA
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS
 ISTERI POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
IMAM YANG KANTOI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.