-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 3 Disember 2012

CUKUPLAH SEDIKIT

PEMBACA


'Hoho, berjaya jugak aku akhirnya. Pucuk dicita ulam mendatang.. Haha... Kayo aku, kayo aku!' jerit si Akop dengan riak, bongkak dan takburnya..

'Wah! Kan main riang gembira aku tengok kamu ni Akop?' sampuk Ustaz Zahar.. Heran dia nengokkan si Akop yang terkinja2 melompat2 macam kodok kurap gamaknya..

'Haha.. Macam mimpi pulok rasanya.. Indahnya nikmat' kata Akop saje nak menjeleskan Ustaz Zahar..

'Hah! Apa kau mimpi best malam tadi?' Ustaz Zahar cuba mengkepohkan dirinya..

'Aku menang nombor tikaman aku tu.. Naik pulok nombor aku.. Ahaks!'

'Oooo.. Tu yang gumbira semacam aje aku nengok..' Ustaz Zahar dah faham..

'Banyak ke duit tikaman nombor ko tu Akop? Berapa juta ko dapat? 

'Huh! Tak terbayang jutaan ringgitnya tu.. Bak kata orang kau tak payahlah kutip-kutip tin kosong ni lagi dah.. Betul tak Ustaz?' berlagak je Akop berkata..

'Huh! Kerja kutip2 tin kosong lagi mulia dari kamu tikam nombor tu Akop ooii' Ustaz Zahar menjawab..

'Saya tikam-tikam aje Ustaz, saya tak mencuri harta orang pun, saya berusaha gunakan otak saya ni untuk cari nombor... Itu aje...' sengeh si Akop sambil melibas-libaskan baju kemejanya...nampak no gediknya...

'Memang la usaha tapi biarlah usaha ke jalan betul, bukan usaha dok tikam-tikam nombor ni, duit judi-an tu... Mintak tolong kat Tuhan, lepas tu usaha lebih untuk dapat rezeki lebih, barulah berkat hidup kita..' Ustaz Zahar cuba memberi nasihat..

'Saya cari rezeki lebih la ni ustaz. Sambil-sambil takde buat apa2 tu, saya tikam la nombor, kalau kena kan dapat duit tu... Cari duit lebih la namanya tu kan ustaz..' Akop cuba memesongkan akidah ustaz...

'Sukati kolah Akop' malas doh ustaz nak ceramah kat Akop yang sangat ungkal tu..

'Okehlah ustaz, saya nak balik umah, amek tiket jab..' Akop berjalan2 kegirangan menuju rumahnya...

'Ada tin kosong bagi aku tau..' jerit Ustaz Zahar pada si Akop...

'Kalau Ustaz nak tin kosong, mehlah ikut saya, kat umah saya banyak tin kosong..sampai bilalah ustaz nak cari tin tin2 kosong kat tong sampah tu... Carilah kerja lain, tak ke kotor kerja-kerja cenggitu' kata Akop sambil mencebik kan bibirnya yang dah memang sedia tebal...

'Iskh, nak kotor apa pulok, cari rezeki halal tu, biar dapat sikit tapi berkat Akop ooi!, Barulah kita rasa nikmat dan cukup bagi yang sedikit agar kita rasa bersyukur bagi yang banyak..' jelas ustaz dengan panjang lebar

'What ever ever laaaaa... Yang penting aku kayo jab lagi..' Akop berlagak.

'Aaaahhhh!! Mana pulok letaknya? Semalam ada atas ni... ' triba-triba Akop menjerit...

Ustaz Zahar pada ketika itu sedang membongkok2 mencari tin tin kosong terkejut beruk... Beruk pun tak terkejut macam Ustaz tu terkejut... 'hah!! Nape Akop? Mana ko letak??'

'Kat atas lemari ni laaa.. Ada ustaz nampak?' tanya si Akop.. 

'Manalah aku nampak, ni kan rumah kau..' Ustaz Zahar naik heran..

'Iskhhh..uuuu..uuuu hancur harapan aku... Aku terbuang tiket nombor tikaman tu...' Si Akop sangat sedih...

'kiranya ko belum kayalah lg ye Akop.. Hehe... Walaupun kita berusaha kuat mana pun, tapi Tuhan yang tentukan taw.. Kita kena terus berusaha... Rezeki Tuhan melimpah ruah... Cari lah yang halal...' Ustaz Zahar mengakhirkan ceramahnya sambil berlalu pergi bersama-sama tin tin kosongnya...

RENUNGKAN.......Editor Nur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.