-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 22 November 2012

Sedekah kita tak akan rugi

PEMBACA


Deraman, seorang yang sangat berkaliber dan rajin bekerja serta mempunyai sebuah kedai runcit di hujung kampung. Seperti biasa Deraman seawal 7 pagi, dia pergi ke kedainya, untuk memulakan bisness untuk hari itu. 'Mintak-mintak okey la bisness aku hari ni... Semoga banyaklah untung..'
Tapi sebaik saja pintu kedai dibuka.. Jeng jeng jeng! 
'Habih aku.. Habih, habihhh!' kata Deraman menepuk dahi.. 'Tak habih-habih kedai aku kena pecah... Tensen betul akuuuu.. Tensennnnn!, dalam bulan ni aje dah lima kali kedai aku kena pecah..! Nasib baiklah duit aku tak tinggal dalam laci.. Kalau tidak dah tentu setel semua sekali.. Tapi rokok habih, kad prepaid habih, sardin sepuluh tin lenyap... Pat lima ratus jugak diaorang pow ni... Hangin betul la cenggini..!' rungut si Deraman...
Setelah mengemas barang yang berselerak, dengan senyuman Deraman meneruskan jugak bisnes pada hari tu...
Dah hampir jam 12 malam baru la Deraman menutup kedainya dan pulang kerumah.

Sebelum menidurkan dirinya, Deraman sempat mengira hasil bisnesnya hari itu.. 'baik aku simpan duit ni dalam kotak kasut ni dulu... Besok boleh buat modal pusingan.
Sambil berbaring mengadap tingkap dan mengira hujan yang turun dari langit... Deraman berdoa dalam hati.. 'mintak-mintak besok kedai aku xde orang pecah masuk... Kalau kira-kira dah beribu aku rugi sebab kena curi..' dalam berfikir-fikir dan mengira hujan, Deraman tertidur jugak akhirnya..
Pagi esoknya...'alamak!!! Ada pencuri pecah masuk rumah aku malam tadi!! Habih semua duit aku.. Habihhh!! Apahal la aku ni? Tak habih-habih dirundung malang... ngape?... Ngape? Dan ngapee???' rintih hati Deraman...
Triba-triba dia teringat sesuatu.. 'Eh! Hari ni aku ada janji dengan tokey bengkel nak amek kereta' Cepat2 dia membelek dompet yang diletakkan di dalam poket suar yang disangkutkan di balik pintu.. Nasib baik dompetnya masih disitu dan tidak kena curi...
'Helo tokey, wa datang mau amek kereta la.. Suda siap ka?' 'Sudah.. Sudah.. Petang semalam lagi sudah siap..' kata tokey yang nampak kiut tanpa berbaju... 'Berapa semua?' 'wa tak kila mahal... RM500 aja..' triba2 Deraman nampak tokey ni dah tak kiut.. 'Waaaa banyak mahal ooo' 'Talak mahal la kawan.. Itu lu punya keleta manyak barang mau kasi tukar woo.. Itu pasal ada sikit lebih dia punya kos... Biasa la keleta lama maaaaa...' kata tokey tu buat2 muka kiut..
Deraman cuma mampu menelan air liurnya sendiri... Nak telan air liur bini.. Dia lum ada bini lagi.... 
'Okeh lah.. Nah!' kata Deraman sambil menghulurkan duit.. 'Tengkiu aaaaaa' tokey itu tersenyum tanda happy...
Deraman pun membawa pulang kereta kesayangannya..' macam ni la baru best, enjin rasa power dari biasa.. Tak sia-sia aku berabih duit repair enjin' Deraman tersenyum tanda puas hati...
TRIBA-TRIBA! GODOGONGGGGG!!
'haduiii.. Baru je habih duit repair enjin.. Ni body pulok...jerit Deraman bila melihat keretanya remuk kerana terlanggar babi hutan... Errrr... Babi hutan tu yang melanggar keta dia secara membabi buta. Habih terlanggar babi! Ceh! Babi betul la babi niiii!! Kata Deraman dengan amat amarahnya...
'Tak baik menyumpah seranah cenggitu...' Deraman mendengar satu suara disebelah kanannya.. Dia menoleh... Kelihatan seorang lelaki Indon yang biasa dia lihat menoreh getah kebun Pak Haji Mohsin berada disebelahnya.. Entah bila dia tiba.. Deraman pun tak tahu... 
'Terpaksalah aku tepon trak tunda... Alamak!! Henpon aku pulok tertinggal kat mesin ATM tadi... Dah sah lah gerenti kena rembat punyaaaa.! Jerit Deraman yang dah tak boleh bersabar denga semua ini... Malang yang menimpanya bertimpa-timpa....
'Sabar... Sabar... Bawak bertenang dong mas... Kool.. Kool...' kata lelaki Indon yang tidak diketahui namanya itu menenangkan Deraman... 'Kau cakap senanglah.. Henpon aku tu harga RM2,000, ni nak kena repair bodi keta ntah berapa ribu la pulok... Dah la kedai runcit aku kena pecah... Rumah aku semalam pun kena pecah... Apa pasal la aku selalu menerima nasib malang cenggini????'
dan sekali lagi muka Deraman jadi pucat... 'ehh!!' 'kenapa mas' 
'Dom... Dom... Dompet aku dah takde... Alamak!! Ni musti jatuh masa aku nak naik keta kat workshop tadi... Habih aku... Habihh!!'
Lelaki Indon itu pun menepuk bahu Deraman.. Dan merenung wajah Deraman dalam-dalam... 
'Mas mau nggak satu PETUA? Ya dulunya kok atok saya selalu pesan-pesan sama saya...'
'Nak laaaa... Kalau petua yang engko nak kasik ni buleh menyetelkan masalah aku.. Apa dia?' tanya Deraman yang semakin buntu...
Lelaki Indon itu pun berbisik ketelinga Deraman... 'oh ye ke? Okey la.. Aku cuba...' Deraman tersenyum...
Semenjak hari itu.. Kedai runcit Deraman tak pernah lagi dicuri, malah bisnessnya makin maju... Deraman dah mempunyai lebih byk cawangan dan bisness lain, termasuklah restoran... kedai hardware.. Dan juga kedai CC.. 
Dan lebih best pulok lagi... Apa aje bisness yang dia buat semuanya untung berlipat kali ganda... Begitulah powernya petua yang dia gunakan.. Nak tahu petuanya dak???

Petuanya ialah.......
BANYAKKAN BERSEDEKAH...!

EDITOR MYSURY NUR 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.