-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 19 November 2012

RASA NAK LANGGAR aje Tiang TNB dan tiang AES

PEMBACA
Ada 2 berita yang boleh dikongsi bersama kerana ianya melibatkan kepentingan pengguna. Apabila membaca ke dua berita ini SESEKALI RASA NAK LANGGAR SAJA KE DUA DUA TIANG INI ......Tapi tak boleh!! Hahaha. Kisah Panas ini ialah


1- RAWANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga membebankan penggunanya.

Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata, lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak penukaran meter manual kepada sistem digital itu.

Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap bulan.

“Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut apabila bil Ogos mencecah RM1,211.

“Apabila dirujuk kepada TNB, mereka memaklumkan berlaku kesilapan kiraan atau terlebih caj sebanyak RM393.79 menjadikan bil tertunggak yang dikeluarkan November lalu ialah RM928,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, satu laporan dibuat berhubung insiden itu kerana didakwa sengaja menganiaya pengguna melalui meter yang boleh diselaras untuk meningkat atau merendahkan bacaannya.

Menurutnya, pendedahan dibuat kepada media bukan untuk publisiti tetapi meningkatkan kesedaran pengguna khususnya yang mengalami nasib sama tetapi tidak membuat aduan.

“Setiap bulan, sekurang-kurangnya hanya satu atau dua hari sahaja saya akan singgah di rumah berkenaan kerana tinggal di Ipoh tetapi bil yang diterima luar biasa dan terlalu banyak.

“Jiran turut terkejut melihat bil semasa rumah persinggahan itu apabila purata bulanan mencecah RM100 sedangkan mereka yang tinggal secara tetap hanya dikenakan sekitar RM50 sebulan,” katanya.

Arjunan berkata, beliau turut merujuk masalah itu kepada juruteknik elektrik dan dimaklumkan meter digital berkenaan mudah diubah bacaannya berbanding sistem manual.

Oleh itu, beliau meminta individu atau keluarga yang mengalami nasib sama sepertinya tampil supaya usaha membawa masalah berkenaan kepada TNB dapat dilakukan.

“Mereka boleh menghubungi 013-7726777 atau 013-5227795 untuk berkongsi masalah mereka mengenai bebanan bil elektrik.

“Satu protes akan dibuat jika perlu sekiranya TNB gagal menyelesaikan masalah pengadu dalam tempoh ditetapkan sebagai menuntut hak keadilan memandangkan bukan semua pengguna golongan berkemampuan,” katanya.

p/s - 
DIHARAPKAN encik ARJUNAN tidak melakukan TERJUNAN dari atas tiang TNB   disebabkan  kenaikan bil ini ......Sabar Macha!! 


2. Seorang penunggang motor juga terkejut ,tapi bukan terkejut sebab bila dia sampai rumah tengok bil TNB naik.....tapi DIA TERKEJUT KERANA TERIMA SAMAN AES semasa menunggang motor....Hahaha! Selepas ni penunggang basikal pun kena hati hati takut disaman AES .....

Patutlah kita jarang tengok LEMBU ,KAMBING JARANG BERSIAR SIAR DIJALAN RAYA SEKARANG NI.....rupanya takut disaman AES.....maklumlah asal benda bergerak MESTI KENA SAMAN .......Miahahaha


Photobucket 
AKU SEKSI KO PEDULI APA
SOLAT ALA PKR
SUAMI RAKAM AKSI PANAS ISTERI
POLITIK KAMPUNG MALAYSIAKINI
PANAS-YB PERLU MENGUCAP PANJANG
LAWAK PANTUN MERAPU

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.