-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 5 November 2012

Nama: LUCAH TAK SENGAJA

PEMBACA

APA NAMA ANDA? Soalan ni biasa kita dengar biasa terutama apabila hendak  mengenali seseorang. TETAPI TAHUKAH ANDA Ada orang yang mempunyai MASALAH PADA NAMA MEREKA. Nak tahu apa masalahnya......

1) Bernama Rahim.  

- Mesti orang bernama Rahim akan terkedu jika dalam situasi berikut.

" Ooooo.......Ini  ALAT RAHIM ni .....". Jawab  Mahmud bila ditanya PERKAKAS SIAPA BERSELERAK DI ATAS LANTAI. 

Situasi ke 2.

Dalam Kelas, cikgu sedang agih agihkan peralatan untuk lukisan secara percuma. Satu persatu  nama murid dipanggil.....Tiba giliran Rahim....Rahim tidak kesekolah kerana demam. CIKGU PUN BERKATA

"Siapa boleh simpankan ALAT RAHIM NI..........."

" Tak pa cikgu........bagi saya ALAT RAHIM TU .......nanti saya bagi padanya.". Jawab rakan sekelas Rahim. 

"Bagi saya lah cikgu ALAT RAHIM TU .....sebab rumah saya dekat." Kata pula rakan sekelas Rahim yang seterusnya. 

"JANGAN berebut rebut Alat Rahim ni....." Cikgu pula bersuara. 

KEBETULAN GURU BESAU LALU DI KELAS TERSEBUT........."Terperanjat GURU BESAU kerana cikgunya CAKAP LUCAH ....Hahahaha  

2) Bernama Bakar.

Situasi - Katakan Bakar sedang Bakar sampah. Asapnya masuk kerumah Jiran. Jirannya kecoh......

"Siapa bakar sampah ni Daud?". Tanya jiran pertama.

"Bakar yang bakar sampah ". Jawab jirannya SUSAH NAK MEMBERI PENJELASAN siapa bakar sampah! .......Miahahaaha

Kita tengok pula situasi ke 2. 

Dua orang rakan sedang bertengkar pasal letak barang merata rata.
"Hampehh!! Siapa pula letak lesung batu kat sini.....aku bakar jugak benda ni karang!! " Marah Husin yang tersepak lesung batu.
" Bakar lah ". Jawab Ali yang sedang menonton TV.
" Ko jangan cabar aku Ali.....aku bakar betul betul karang ko jugak yang susah nak tumbuk cili". Angin kawannya itu sambil menahan pedih dikaki.
" BAKARLAH!! " Jawab Ali lagi.
Jawapan itu makin membuatkan Husin berdesing......segera dia menempeleng Ali yang sedang menonton Tv....Dalam kekalutan itu ......Bakar rakan serumah nya tiba tiba datang untuk meleraikan pertengkaran itu.
"APA HAL KAMU BERDUA NI.....aku nak masak kat dapur pun payah.....dah la lesung batu aku baru beli hilang........kamu berdua pulak nak tambah masalah." 
Hahaha. Siapa yang punca masalah dalam situasi ini yang menyebabkan Husin dan Ali bergaduh.......
Photobucket 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.